Raya Pertama



Assalamualaikum

Wah!!!! Aku bangun awal pagi ni. Mungkin sudah terbiasa bangun sahur hampir sebulan. Bila dah masuk raya macam ni rindu pulak dengan ramadhan.

Pagi ni semua siap-siap nak pergi solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Baju bukan main lagi semua baru-baru. Lepas solat raya kitorang sekeluarga pergi ziarah kubur dan ziarah rumah saudara-mara ^_^.

Masa nilah nak eratkan hubungan silaturahim sesama manusia. Hari-hari lain tu bukan tak boleh merapatkan hubungan tapi kadang-kadang kita busy dengan kerja sampai lupa sekeliling.

Apa-apa pun harap kita semua bergembira di hari ini. Jangan lupa doakan kesejahteraan bagi Umat Islam yang lain.

Nak bertolak dah ni. PEACE…….

Catatan Ramadhan!!!!


 Assalamualaikum…..
 Kuih raya dah siap...

 Buras dah masak...

 Kemas rumah selesai...

 Duit raya malam ni prepare...


 Cuma yang tinggal ????????..........

Tengok anak bulan….Entah esok ker raya atau lusa…hmmmm sama-sama kita nantikan ^_^. 

Di kesempatan ini Cik Zai ingin memohon maaf kepada para bloggers dan to all readers sekiranya sepanjang menjadi penulis blog ada di antara entry atau apa-apa post yang membuatkan anda terasa hati. Cik Zai juga adalah manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan.


Pic from google

Semoga ramadhan kali penuh makna kepada kita semua ....

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA YANG BAKAL MENJELANG.






Pecutan Lailatul Qadar





Kini kita berada di minggu terakhir Ramadhan, mari kita kejar Lailatul Qadar kerana Lailatul Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan. 

Lipat gandakan amalan kita, banyakkan berzikir, mengaji, solat dan kurangkan tidur.


Kalau dah minat


Assalamualaikum

Ya sudah lama Cik Zai (CZ) tak update blog ( padahal pagi tadi dah update wahaaa). Semalam dan kelmarin Cik Zai sibuk buat kuih raya. Seriously, CZ dah terror buat kuih raya. Sekarangkan mudah. Ambil sahaja mana-mana resipi kuih raya kat internet dan ikut instruction confirm kuih raya menjadi. Kalau korang tak percaya korang cubalah buat. Bukan sekadar jadi malahan rasanya ‘wa cakap sama lu aar fullamakkk, sedapp!’ So, sekarang tak ada lagi alasan kepada wanita-wanita di luar sana tak tahu memasak sebab segalanya hanya di hujung jari anda, ya tidak?

Kuih almond dah siap ^_^

Tengah-tengah CZ buat kuih semalam sambil mengeluh kepenatan tiba-tiba bapa muncul di muka dapur dan berkata “itulah, rasa-rasanya yang mana satu CZ sanggup kerja jual kuih ka atau kerja audit?” Then, Cik Zai bersuara “ kalau kerja jual kuih taklah susah berbanding kerja audit.  Penat memang penat tapi tak adalah pening kepala dan stress bukan main, tapi kalau kerja audit dengan penatnya, pening kepalanya, stressnya bercampur baur”. Tapikan, walau bagaimana stress, pening kepala, dan penat sekalipun kerja audit tapi aku tetap pilih audit hihihih.

Anda pula semua bagaimana? Mungkin ada antara korang kurang bersetuju dengan pendapat CZ kan. ‘Iya, emang pemikiran orang itu beda’. Fullamak terror pulak aku berbahasa Indonesia ya ^_^.

Kesimpulannya, kalau kita dah minat sesuatu kita tak kisah dan sanggup menanggung segala risiko. PEACE!

Tutorial Background Cantik & Kemas

Assalamualaikum
Korang nak tahu bagaimana nak buat background yang cantik dan kemas? Tak tahu nak mana nak dapat? Ok, jom Cik Zainab ajarkan...

  1. First korang cari background yang korang nakkan tu. Cik Zai cari kat MyCuteGraphics jer !! Dah dapat background korang savekan picture tu kat mana-mana dulu.
  2. Login > Dashboard > Design > Template Designer > Background. 
  3. Klik jer bahagian dalam bulatan hijau tu yang penunjuk anak panah dalam gambar di bawah.

Jika kurang jelas korang click kat picture


Klik 'upload image'



Klik 'Browse' dan pilih pic background yang korang save pada awal tadi



Lepas tu korang klik 'DONE'






Kalau korang dah rasa ok 'click apply to blog'

Selesai, mudahkan nak tukar background kalau guna template. Kalau guna layout payah ckit..


Tutorial bunga sakura berguguran di blog korang



Assalamualaikum


Kalau image kurang jelas korang buka jer myshorthand.blogspot.com

Korang nak tahu tak macam mana nak buat effect bunga sakura berguguran macam yang ada kat blog Cik Zai? Haa ni yang Cik Zai nak ajarkan ni. Caranya sangat mudah sangatttt…

1.     Login > Dashboard > Design > Add Gadget 
2.     Copy code di bawah ni ke dalamnya..


<script src="http://postrecent.googlecode.com/files/SakuraGugurdj.js" type="text/javascript"></script>

      3.  Save Template dan lihat hasilnya…Tarraaaa ^_^….

p.s    kalau tak dapat buat sila beritahu Cik Zai di bahagian komen k..




3 situasi bekerja dan 3 penyelesaian!!!!


Assalamualaikum



3 situasi yang seringkali kita hadapi terutamanya perempuan yang bekerjaya serta penyelesaian.

Situasi pertama, sebagai seorang pekerja aku mengalami sedikit masalah untuk menunaikan solat di tempat kerja di mana company@syarikat tidak menyediakan tempat solat. So, kebiasaannya masa rehatku akan aku peruntukkan untuk keluar dan mencari masjid-masjid atau surau-surau yang berdekatan untuk menunaikan solat. Majlis Perbandaran Tawau atau Federal adalah lokasi utamaku kerana ia adalah lokasi yang paling dekat. Makan? Oh, makan tengahariku memang tidak terjaga dan itu antara punca badan aku tetap kurus hahaha..

Situasi kedua, sebagai seorang pekerja juga aku seringkali tidak keluar pada waktu rehat kerana menyiapkan kerja yang sangat URGENT!! So, kadangkala aku terpaksa solat di ofis. Lokasinya adalah bilik-bilik kosong di ofis atau mana-mana tempat yang aku rasa tidak mengganggu perjalanan kerja-kerja di dalam ofis.

Aku tahu ramai di luar sana yang mengalami kesukaran sepertiku (tiada tempat solat). Namun, sebagai umat Islam kita diwajibkan solat. Korang perlu mencari inisiatif lain agar korang tidak akan tertinggal solat samada korang perlu korbankan masa rehat korang ataupun korang ada cara tersendiri

Situasi ketiga pula, kadangkala aku tertinggal telekung di kereta, di rumah. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita bersolat menggunakan telekung jika tiada mungkin rasa lain sedikit tetapi itu bukan alasan untuk tidak solat bukan? Bersolatlah dengan seadanya. Apa  yang penting kita menutup  aurat. Jadi aku syorkan kepada korang kalau nak pergi kerja janganlah pakai tudung yang berlilit-lilit dan pendek. Korang pakailah tudung yang labuh, baju kurung dan stokin agar mudah untuk korang menunaikan solat tanpa memakai telekung.

Islam itu  mudahkan ^_^


BERSEDERHANA LEBIH BAIK!!!


 
Assalamulaikum

Syabas kerana tetap bersemangat berpuasa. Teruskan dan tingkatkan semangat anda sehingga ke akhir Ramadhan.

Esok cuti, tentunya ada yang sibuk buat kuih raya, shopping raya, dan jangan lupa tunaikan zakat pada yang belum.

Mungkin ada antara korang yang rasa “alaamak pokailah poket musim-musim perayaan macam ni”. Nah! Elok BERSEDERHANA. Memanglah Raya Aidilfitri setahun sekali jer dan kalau boleh nak sambut semeriah yang mungkin tapi ‘berpijaklah di bumi yang nyata’ dan ‘ukur baju di badan sendiri’.



Kalau orang lain buat 10 pasang baju, kita pun nak ikut.

Kalau orang buat 10 jenis kuih raya, kita pun nak lebih banyak dari itu.

Kalau jiran kita beli tv baru, kita nak tv LCD yang lagi canggih dari jiran kita.

Kalau jiran kita nak beri duit raya RM30 ringgit seorang kita pun tak nak kalah.

Seperti yang aku katakana tadi BERSEDERHANALAH takut-takut habis raya korang dah pokai dan lebih teruk lagi berhutang sana-sini. ‘Beringat sebelum kena’…Ya tidak??

Fikir-fikirkan…..

Sekian ^_^

MY FIRST GIVEAWAY: TOP-UP, AKSESORI & KRAF KRISTAL UNTUK DIMENANGI !!!!!


Assalamualaikum



 Tarikh tutup penyertaan : 24 Oktober 2011

Dengan ini myshorthand.blogspot.com melancarkan giveawaynya yang pertama kali!!! Jom join beramai-ramai kerana hadiah menarik menanti anda. Kalau korang nak tahu hadiahnya berupa topup dan aksesori dan kraf kristal made from  Sabah (Negeri Di Bawah  Bayu).

Top-up

 Hadiah yang bakal anda menangi!!!

Korang tak perlu risau, semua boleh join asalkan menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. Syarat-syaratnya ada 4 sahaja;
 
  1. Korang kena follow blog myshorthand.blogspot.com
  2. Buat satu entry berkenaan giveaway ini. Jangan lupa letak banner dan selitkan mengapa anda ingin memenangi aksesori dan kraf kristal kat entry korang.
  3. Tagged 3 orang rakan anda untuk join giveaway ini.
  4. Akhir sekali, jangan lupa tinggalkan jejak (nama dan link anda) di bahagian komen agar mudah untuk pihak penganjur mengenalpasti penyertaan anda.

Haaa, mudahkan nak sertai giveaway ni. Perempuan dan lelaki semua boleh join tak kira peringkat umur, bangsa dan agama.

Giveaway ni akan berjalan selama sebulan dari tarikh 18 Ogos 2011-18 September 2011. Seramai 5 orang pemenang bertuah akan memenangi topup beserta dengan aksesori dan kraf kristal yang sangat cantik made from Sabah. Haa, tunggu apalagi mari sertai beramai-ramai ^_^.
Untuk pengetahuan korang, pihak penganjur akan menambah hadiah yang lebih hebat lagi sekiranya sambutan menggalakkan!!!

P.S.   Pihak penganjur berhak memangjangkan atau memendekkan tempoh GIVEAWAY sekiranya dirasakan  perlu.

WORDLESS THURSDAY!!!



Bilalah kerja ku akan selesai???!!!

CARA POTONG KUKU IKUT SUNAH NABI!!!


Assalamualaikum

Tengah-tengah online aku terjumpa artikel berguna ni. Kadang-kadang manusia ni cepat lupa. Jadi eloklah kita ingat mengingati antara satu sama lain, ia tidak? Lagipun benda elok patut dikongsi-kongsikan. Apa-apa pun korang teruskan membaca artikel ini k.




Barang siapa yang mengerat kuku pada:

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.

Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.

Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat. 

Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.

Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah.

Jadi, kerat kuku bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu dihormati. Misalnya, kerat kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, bukannya tong sampah sekalipun tong sampah itu bersih.

Mulakan kerat kuku itu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mula dengan jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhirnya ibu jari tangan kanan. Kaki pula, mula dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri.


Kredit to http://musfirahhasan.blogspot.com/