New Crystal Bracelet!!!

Assalamualaikum



Satu lagi gelang kristal SIAP!!


Kalau korang nak tahu kat Sabah ni popular dengan aksesori daripada kristal dan mutiara. Kalau korang beli kat sabah harga memang sangat-sangat murah tapi kalau korang beli bahan dan buat sendiri lagi-lagi dan lagi jimat.

Walaupun aku tak pakai sangat aksesori macam ni tapi aku suka buat. Rasa seronok. Boleh dikatakan hobi jugala selain daripada membaca, melayari internet dan sebagainya. Tiap orang ada kelebihan yang tersendiri contoh ada orang tu lebih kepada seni, ada orang lebih kepada bukan seni tapi aku ni kira semua aku boleh seni boleh, bukan seni pun boleh (panjat pokok kelapa pun boleh kot)...cewah....

Lepas ni aku bercita-cita nak belajar menjahit sebab aku belum kuasai sepenuhnya kemahiran menjahit. Beruntung jadi perempuankan ^_^. Banyak kemahiran yang boleh dipelajari. Kalau boleh aku nak kuasai semua kemahiran termasuk memasak, menjahit, mengait, dan banyak lagi. Insyaallah...




p.s          Ada sesiapa nak ajar aku mengait? Bukan mengait buah erk tapi mengait baju or kopiah ker…

No comments: