Ukirlah senyuman walau disaat kamu sedang sakit!!!

Assalamualaikum

Ini senyuman yang berlebihan

Tengah-tengah hari ni aku mengambil sedikit kesempatan buat satu entry walaupun mejaku tengah serabut dengan segala fail-fail dan dokumen-dokumen yang penting bagi client tapi tidak bagi aku (Oppsssss aku tarik balik kata-kata aku) heeeeee…

Korang pernah tak rasa buat kerja berlambak. Maksud aku banyak sangat-sangattttt. Dengan selamba korang pasti akan jawab “ erk eleh macam dia jer banyak kerja, kita orang pun banyak oiiii” wehehehe…Takderlah saja tanya..

Persoalannya adakah anda bekerja dengan tenang ataupun dengan emosi sampai segala officeboy dan staff yang tak ada kena mengena pun korang marah? Jika ada anda adalah manusia yang normal syabas!!! Oppsss jangan happy dulu ada tapinya. Tetapi korang adalah orang yang tidak tahu mengawal emosi anda hahahahaah…

Lagi-lagi di bulan puasa ni tak baik marah-marah. “Kalau marah lekas tua” bak kata adikku. Dahlah lekas tua kurang pahala pulak tu.

Nasihat kepada diri sendiri….

“ukirlah senyuman walau disaat kamu sedang terbaring kesakitan, Insyaallah orang lain akan merasa senang denganmu…”

No comments: