Pompuan takyahlah nak belajar bawa motorsikal, tak sesuai!!!


Assalamualaikum




Kata orang “pompuan takyahlah nak belajar bawa motor, tak sesuai!!!”. 

Ada pulak yang kata “ bawa motor susahlah x macam kereta stabil, jatuh kang susah”..

Ada juga orang kata “Seram bawa motor bagus tak usah belajar”..

Dan selebihnya banyak lagi la aku dengar pendapat negetif yang menguatkan lagi hujah mengapa perempuan tak boleh bawa motor.

Jadi, atas keinginan yang terlalu kuat nak belajar bawa motorsikal  ku gagahkan juga diri membuat pendaftaran di institut memandu yang berdekatan walau banyak orang di sekeliling yang menegah dari mengambil lesen motosikal. Aku bukan tak nak dengar kata-kata orang di sekeliling tapi aku rasa perempuan sepatutnya ada banyak kemahiran sebab ianya diperlukan di masa akan datang. 

Yeah, memang tak ramai perempuan bawa motor itu aku tidak nafikan. Masa Kursus KPP motorsikal pun perempuan hanya 2 orang dan selebihnya lelaki. Itupun kira Alhamdulillah sebab aku tak bersendirian.

Ya, hari ni first time aku bawa motor. Ya Allah!!!! Rupa-rupanya taklah sesusah macam jawab soalan exam. Macam makan kacang jer. Patutlah orang selalu kata “kalau pandai bawa basikal pandailah bawa motor. Kalau aku tahu tak susah bawa motor dari dulu aku dah ambil lesen motor.

Apa-apa pun aku bersyurkur segala dipermudahkan. Alhamdulillah..Amin..


2 comments:

CinderLaLa said...

whoaaa.... Tahniah jenabb.... Best nya.. Aku sini pun mo amik jugak..tapi bpa ku tia bagi.. Bahaya dia bilang.. adesss

Zainab said...

@CinderLaLa ia samalah kita fren..bapaku pun marah ambil..tp aku dah ambil baru dia taw..alasanku dengn bapa n mamaku 'Aku mo pandai semua'...hahahah