Post kat fb kira cakap belakang


Assalamualaikum....

Post sesuatu kat fb pun kira cakap belakang juga.
Google picture

Ok, sekarang ni ramai yang jadikan fb sebagai diary moden mereka. Maka segala perasaan tidak puas hati, perasaan terlalu gembira, amarah, kesedihan dan sebagainya semua nak post kat fb.

Sebagai contoh;

“ Wahhh aku happy hari ni, jalan-jalan dengan kereta sport baru”

Atau

“Ko ingat ko siapa??! Macamlah ko hebat sangat! Pirahhhh”

Atau begini....

“Sayang kitak, kitak syg kamek?”

Hahahahah…kadang-kadang geli hati juga post2 kat fb ni…

Mungkin korang anggap “alaaaaa komen-komen and post kat fb ni perkara biasa jer”. But then mungkin anda tidak tahu berapa ramai yang kena saman dan kena tangkap gara-gara fb. Berapa ramai bercerai gara-gara fb. Berapa ramai pasangan yang bergaduh gara-gara fb. Berapa ramai yang putus hubungan gara-gara fb. Mungkin ada di antara anda yang pernah mengalami.

Ya, bagiku mem ‘post’ ayat yang berbaur mengejek, mengumpat atas dasar ingin mengenakan seseorang atau sekadar melepaskan emosi dan amarah itu aku anggap sebagai cakap belakang. Kalau anda berani kenapa tidak bersemuka dengan orang yang tidak berpuas hati itu. Mungkin anda boleh dianggap lebih kejam kerana mem ‘post’ ayat sebegitu.

Tidakkah anda terfikir ayat yang anda post akan tersebar ke seluruh dunia?

Tidakkah anda terfikir mungkin ada orang lain akan turut terasa dengan ayat-ayat anda?

Dan tidakkah anda terfikir bahawa anda telah menyebarkan umpatan dan lebih teruk lagi anda telah menyebarkan fitnah!!!! (Haa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh)….!!!

Fikir-fikirkan…..

Justeru, kalau ada rasa-rasa nak post sesuatu kat fb cuba bayangkan kesan yang mendatang terhadap orang lain dan cuba bayangkan sekiranya ibu atau bapa anda membaca post anda, ‘Tidakkah mereka terkejut kata-kata yang anda post?

So, “Think twice before you press ENTER”………

No comments: