Pukul berapa buka posa? Lama lagi?!!!


Assalamualaikum

Ahmad Syafiq


Inilah adik aku yang paling bongsu. Aku ada 2 orang adik dan kedua-duanya lelaki cuma yang lagi satu dah di peringkat pengajian tinggi. Yang ni baru darjah 3. Jauhkan perbezaan umur adik-adik aku ni ( Hampir 11 tahun jarak perbezaan umur mereka).

Aku rasa mungkin adik aku yang last ni rezeki dari Allah jugalah sebab dia muncul lama selepas kitorang adik beradik dah besar. So,dia kira penyeri dalam family. Sebab yang lain semua dah dewasa. Tinggal dia yang kira masih kecik.

Untuk Ramadhan kali ni aku lihat adik aku sangat bersemangat nak berpuasa. Ramadhan sebelum-sebelum ni dia posa juga tapi posa ‘Yang Yok Pagi-Pagi buka periuk’.

Pernah Ramadhan tahun lepas adakah patut dia sahur lepas azan hahaha then dia posa sampai setengah hari jer, lepas tengahari mulalah dia mulakan operasi mengisi perut haha. Mak aku kata takpe sebab dia masih berlatih posa lagi.

Ramadhan kali ni lain pulak ceritanya. Aku balik kerja dalam pukul 4 petang. Sampai kat rumah adikku asyik kata…

 “pukul berapa buka puasa, lamakah lagi?!!”

“Adui lapar sudah aku”

“Lamanya buka posa ni!!!”

Perkataan ni diulang-ulang sampailah waktu berbuka puasa….huhuhu

Pagi lepas waktu sahur tadi tiba-tiba adik aku kata “haus bah aku”….Ohh tidak!! Aku tak tahulah samada adik aku akan bertahan hingga ke maghrib ker tidak ni....

Sabar jak lah ko dik.....



No comments: