STEAMBOAT OR SEAFOOD!!!!

Assalamulaikum

Hari sabtu lalu kakak saya ajak pergi STEAMBOAT. Wahh happylah ni sehingga lauk sedap yang ada kat rumah pun aku tak pandang sangat. “Seperti kacang lupakan kulit pulak aku yer”.
Ya sambil makan sambil PEACE

Sampai kat sana kitorang pun mulakan operasi masak memasak sambil makan. Mesti korang pun taukan stemboat ni kita yang kena masak sendiri. Premis perniagaan hanya menyediakan makanan mentah yang pelbagai untuk korang pilih.

Ok, kitorang pun pilihlah segala macam jenis seafood seperti udang, ketam, sotong juga termasuk daging ayam dan lembu then masak sendiri.

Okay, pendapat aku macam ni. Steamboat x sedap sangatlah. Kalau diberi pilihan STEAMBOAT OR SEAFOOD? Aku akan pilih SEAFOOD sebabnya pertama kita tinggal makan jer tapi kalau steamboat korang kena masak sendiri baru boleh makan. Tak bestla macam tu sambil masak sambil makan. Macam rasa kurang sopan pun ada sebab kita terpaksa berdiri duduk berdiri duduk sebab nak masak semua tu.


Ha!! Korang tengok payahnya memasak pabila minyak sentiasa nak memercik ke arah kami.

Kedua, steamboat ni macam rasa tawar jer sebab kita hanya boleh rebus dalam sup dan boleh bakar dan goreng2 jer tanpa meletakkan bahan-bahan perasa. Boleh tak anda bayangkan apa rasanya? TAWARRR!!!

So, aku sarankan korang kalau nak pilih tempat makan antara Seafood or Steamboat lebih baik korang pilih Seafood. Mungkin mahal sikit tapi berbaloi dan sangat sedap.

Sekian.


p/s        Aku tak nak pergi steamboat lagi!!


No comments: