Tips Interview (Perkara yang anda harus lakukan semasa Temu Duga!!!



Assalamualaikum



Ada pernah tidak pergi interview? Ala temuduga kerja. Mungkin korang belum pernah lagi kot sebab korang masih study.


Cik Zai? Of course lah dah banyak kali. Temuduga untuk jawatan kerajaan termasuk swasta semua CZ dah try. Kira berpengalaman jugalah CZ kalau bab-bab temuduga ni. CZ pun bermula dari zero dari tak tahu apa pasal temuduga hinggalah tahu serba sedikit. Dulu first CZ interview memang CZ langsung tak bersedia. Hari nak interview baru CZ sibuk nak buat persiapan last2 masa interview ‘padan muka engkau tak dapat jawab Cik Zai, engkau banyak merapu jer dengan penemuduga’ hua hua hua…

So, hari ni aku nak kongsikan dengan korang tips temuduga. Ada beberapa perkara yang korang harus lakukan semasa temu duga:

1.  Bertenang. Korang perlu tunjukkan muka yang tenang dan yakin. Korang perlu sentiasa tersenyum apabila bertentang mata dengan penemu duga. Ingat, muka yang manis akan kelihatan lebih menarik tapi korang jangan sesekali tertawa terbahak-bahak (kuat) tanpa sebab. Lupakan seketika masalah-masalah yang ada dan lakukan sebaik mungkin. Apa yang penting matlamat anda adalah untuk mendapatkan pekerjaan. 

2.     Menjawab soalan dengan lancar dan tepat. Korang perlulah dengar dengan teliti soalan yang ditanya dan fikir dahulu sebelum menjawab. Jawapan yang ringkas, lancar dan padat melambangkan peribadi yang cekap, ketajaman fikiran dan berkebolehan. Jangan sesekali bertengkar dengan penemuduga walaupun perkara yang dikatakannya bercanggah dengan prinsip anda. Ingat bahawa ini bukan satu perbahasan, tetapi satu temu duga. Duduk dengan tegak. Jangan sesekali duduk dengan membongkokkan badan di atas kerusi kerana ini akan menunjukkan peribadi yang lemah dan tidak sanggup menghadapi cabaran. 

3.   Pandang tepat ke mata orang yang menemu duga. Semasa soalan ditanya, pandang tepat ke arah penemu duga tersebut seolah-olah anda amat berminat dengan soalan yang diajukan. 

4.  Jangan sesekali memburuk-burukkan majikan anda sekarang atau majikan lama anda sewaktu ditemu duga. Bagi korang yang pernah bekerja anda mungkin ditanya sebab anda ingin menukar kerja. Aku nasihatkan korang supaya tidak memburukkan majikan lama anda kerana perbuatan tersebut menyebabkan penemu duga beranggapan anda seorang yang tidak setia terhadap syarikat dan suka berkelahi. Katakan yang anda ingin mencari pengalaman baru dan merasakan bahawa kerjaya dengan syarikat tersebut adalah sesuatu yang anda idamkan selama ini.



4 comments:

Samin Sikong said...

~Cik Zai...tahniah kerana sudi berkongsi dengan kita semua. Pengalaman dan Info2 berguna untuk kami jdikan panduan..

~Cik Zai...teruskan usaha memantapkan blog anda. Kerana ia benar2 membantu khususnya dalam aspek mencari pekerjaan.

Samin Sikong said...

Cik Zai..blog anda benar2 membantu kitaorg. so teruskan usaha anda untuk terus membantu kepada yang memerlukan.
Menerusi blog anda, mampu memberi panduan dan tunjuk ajar dlm cara2 yg terbaik untuk pencari2 kerja dluar sana..malah juga saya..:)..tq..

Anonymous said...

Cik Zai..blog anda benar2 membantu kitaorg. so teruskan usaha anda untuk terus membantu kepada yang memerlukan.
Menerusi blog anda, mampu memberi panduan dan tunjuk ajar dlm cara2 yg terbaik untuk pencari2 kerja dluar sana..malah juga saya..:)..tq..

Cik Zai said...

Terima Kasih En Samin Sikong..Saya pun harap blog saya dapat membantu masyarakat..