Baju baju baju!!!


Assalamualaikum



Pernahkah anda mengalami perasaan di mana anda merasakan baju anda sedikit sangat sedangkan baju-baju penuh 2-3 almari?

Bagi pekerja yang mempunyai baju uniform mereka sendiri seperti polis, tentera, jururawat dan sebagainya mungkin tidak mengalami perasaan sebegini tetapi bagi pekerja yang bekerja sebagai cikgu, kerani, pekerja ofis dan sebagainya pasti ada  berperasaan sebegini.

Hairankan?! Kadang-kadang saya sendiri berperasaan begitu. Bukan bermaksud saya sangat tamak bila dah banyak baju masih rasa sedikit lagi. Apa yang berlaku sebenarnya kita merasa bosan dengan baju yang biasa kita pakai.

So, bagaimana cara mengatasi masalah sebegini? Ada caranya. Pertama korang asingkan baju kerja dan baju jalan serta baju untuk ke kenduri-kendara. Jangan sesekali gunakan kesemua  baju anda tanpa mengira tujuan. So, baju kerja anda pakai bila anda bekerja, baju untuk ke majlis-majlis keramaian anda pakai hanya bila ada majlis-majlis dan baju jalan-jalan anda pakai bila anda nak pergi jalan-jalan sahaja. Dengan cara yang saya sebutkan tadi anda tentu tidak akan bosan dengan baju-baju anda dan anda akan rasakan baju-baju anda sangattt banyakkk...

Sekian, sedikit tips dari secretary ^_^


iPhone 5 MENAKJUBKAN!!!



Assalamualaikum

Hari ni tak mahu cerita pasal kerja sebab tak best! Hari ni kita cerita pasal iPhone 5 yang akan dilancarkan di Amerika Syarikat bulan Oktober nanti.

Wow, melihat dari video preview ni kecanggihan iPhone 5 memang menakjubkan. Siap ada laser keyboard, holografic display, dan bentuknya pun nipis. Tak percaya korang lihatlah sendiri.


Pada sapa-sapa penggemar handphone korang tunggu kehadiran iPhone 5 ni tak lama lagi.

Tungguuu…..!!!

Engku Aleesya menang Fesyenista Baby Kiko!!!!


Assalamualaikum

Ya, walaupun Fesyenista Baby Kiko dah beberapa hari tamat tapi aku nak post juga entry pasal ni. Korang pun dah tahu siapa pemenangnyakan?

Kalau korang terlepas menonton rancangan ini haa biar Cik Zai tolong habaq kat hang sapa pemenangnya, ok?

Pemenangnya adalah anak kepada seorang artis yang cantik itu yang korang mesti kenal punyalah. Sila lihat gambar di bawah ini.

Pic from google


Haa, tak lain dan tak bukan anak kepada Erra Faziralah “Engku Aleesya”. Engku Aleesya dah besar dah dan dah boleh berjalan rupanya. Cute sangat-sangat….^_^

Engku Aleesya dan ibunya memenangi RM30,000 ...wow! 

Engku Aleesya memang cutelah...

Sorry, I don’t know about that

Assalamualaikum
 


Hari ini boleh dikatakan hari yang busy. Sebagai seorang pekerja kita ada banyak kerja dan tanggungjawab. Ia sangat berbeza sekali dengan waktu ketika belajar sepenuh masa dahulu.

Kadang-kadang sibuk itu bagus tetapi kadangkala ia juga membuatkan kita pening kepala”. Mengapa? Cuba bayangkan  bila korang tengah kusyuk menyiapkan kerja dan tiba-tiba panggilan telefon yang tak henti-henti daripada pelanggan dan  bertanyakan soalan yang bukan-bukan dan di luar dari pengetahuan anda dan sebagai seorang pekerja anda tahu prinsip “ customer always right” anda perlu menjawab sebaik yang mungkin dengan penuh sopan-santun.

Jangan pernah berharap anda boleh berkata begini kepada pelanggan “Sorry, I don’t know about that”. Kalau nak cuba boleh tapi mungkin anda akan kena pecat atau pelanggan akan memarahi anda pada akhirnya. Hua..hua..hua…

Walau sebaik manapun sistem pemfailan anda, kadang-kadang ada situasi dimana fail yang anda cari-cari tidak jumpa-jumpa yang mungkin disebabkan oleh kelalaian seseorang meletakkan fail. Ya, ini juga situasi yang boleh menyebabkan anda sakit kepala. Disebabkan sebuah fail kerja-kerja anda tertangguh. Ohh, tidak!!! Ini yang aku alami sekarang, aku kena cari juga sampai dapat…

Apa-apa pun yang kita alami kita kena sentiasa sabar dan jangan sesekali menuding jari ke atas mana-mana pihak lagi-lagi kepada rakan sekerja kerana mereka adalah orang yang sangat rapat dengan anda. Seperti peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Tanpa mereka sorang-soranglah anda, tanpa mereka sunyilah anda dan tanpa mereka tidak terciptalah kejayaan bersama.

Akhir kata, thanks all my colleagues, I feel lucky to have colleagues like you




Rahsia handbag wanita!!!!

Assalamualaikum


pic from google




Kebiasaanya, para wanita akan memenuhi handbag mereka dengan barang-barang seperti;

  • Wallet

  • Handphone

  • Toothbrush

  • Tissue or handkerchief
  • Lip moisturizer or lipstick
  • Face powder

  • Perfume

Barang-barang yang disebutkan di atas memang biasa. Kadang-kala, wanita terutama wanita yang telah berumah tangga suka memenuhkan beg mereka dengan benda yang kurang penting seperti;

  • Segala macam resit dan bil

  • Keropok

  • Air minuman

  • Botol susu anak

  • Segala jenis make-up

Bagi wanita yang bekerjaya tentunya  benda penting yang perlu ada dalam beg mereka iaitu;

  • Diari

  • Pen

Jadi, jangan hairan bila tengok beg wanita besar-besar bila keluar rumah sebab wanita sememangnya teliti dan sentiasa akan memastikan kelengkapan mereka lengkap dan cukup bagi memastikan keselesaan diri ketika berada di luar.

Apa pula ceritanya jika wanita terpaksa bermalam di tempat lain? 

Huh, kalau boleh segala selimut, bantal, tuala diangkut sekali. Nasib baik bagasi tak muat. Nak bermalam 2 hari ditempat lain pun macam nak pindah rumah. 


p/s      Beg aku juga seringkali terlebih muatan.  Sebab aku kan wanita ^_^…heee






Doodle Cik Joyah


Assalamualaikum








Taraaaaaaaa!!!!!!!!!!

Satu lagi Doodle yang aku namakan “Cik Joyah” siap. Cik Joyah pakai aksesori bunga putih kat tudungnya.

Cute kan….. Wah aku rasa seronok bila tengok doodle…entah kenapa…hihiih. Apa-apa pun 'Thanks for reading'.

Doodle Bunga Biru!!!!



Assalamualaikum




Sebenarnya aku mengantuk tengah-tengah buat doodle ni. So, Doodle ni taklah sekiut mana. 

Apa-apa pun semoga korang ceria bila melihat doodle ni. Huwaaa mengantuk. Nite korang semua. 

Thanks for lookings and readings.


Wordless pic!!!!!

Assalamualaikum



Lazy!!!


Assalamualaikum

Pic from google

Aku tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ini aku semakin M A L A S!!!!

Mari aku definisikan perkataan malas.MALAS’ adalah suatu perasaan di mana seseorang  enggan melakukan sesuatu kerana dalam fikirannya sudah memiliki penilaian negatif atau tidak adanya keinginan untuk melakukan hal tersebut.  Pengertian ini aku tujukan kepada diri sendiri (ehem ehem) agar aku akan rasa pedas bila aku makan cili oppssss…sorry..suka-suki guna peribahasa.

Dulu aku rajin baca buku, kini aku hanya rajin baca account…

Dulu aku iron baju sekali untuk seminggu kini aku iron baju bila aku rasa perlu…

Dulu aku rajin bersenam , kini jari-jari aku sahaja bersenam (menaip)…

Dulu aku rajin masak, kini bila ada mood sahaja aku masak….

Dan banyak lagi dulu VS kini…..

See, aku semakin malas tapi kalau tengok movie amboiii bukan main rajin lagi. Ini memang tidak patut bak  kata orang muda-muda lagi dah malas OMG! Tak boleh jadi tak boleh jadi. 

AKU KENA BERUBAH!!!