AKU SUKA BILA KORANG DATANG BERAYA KAT RUMAH AKU!!!


Assalamualaikum


Pic from google


Syukur ke hadrat Ilahi segalanya berjalan dengan lancar. Semalam ramai tetamu datang rumah. Rasa meriah dihari raya heeee. Kawan sekolah menengah pun datang rumah, kawan satu ofis, juga termasuk kawan yang aku tak kenal pun ada (haha) and yang paling penting cousin aku dari Pulau Nunukan pun datang rumah yeah!

Korang tahu tidak apa perasaan bila ramai orang datang rumah? Wow, I like it! Awsome! Teruja! Bilamana dihari-hari biasa rumah dalam keadaan sunyi sepi then tiba-tiba dihari raya keadaan sunyi itu bertukar menjadi meriah (penuh dengan gelak ketawa) memang cukup seronok. Hilang segala stress, tension kerja, masalah yang datang dan pergi kat dalam kepala otak ni.

Lagi satu, sebagai tukang masak yang kurang professional, aku suka bila tetamu asyik menambah-nambah makanan yang terhidang kat atas meja. Adakah ia bermaksud makanan yang kitorang hidang untuk tetamu sedap? Wahh, thanks kepada para tetamu atas sokongan anda. Seriously, makanan yang terhidang habis licin dan tak ada yang tinggal.

Akhir, sekali thanks kepada semua yang datang ke rumah raya ni. Bagi yang tak dapat datang next raya jangan lupa datang taw. 

Sekian.


No comments: