Baju baju baju!!!


Assalamualaikum



Pernahkah anda mengalami perasaan di mana anda merasakan baju anda sedikit sangat sedangkan baju-baju penuh 2-3 almari?

Bagi pekerja yang mempunyai baju uniform mereka sendiri seperti polis, tentera, jururawat dan sebagainya mungkin tidak mengalami perasaan sebegini tetapi bagi pekerja yang bekerja sebagai cikgu, kerani, pekerja ofis dan sebagainya pasti ada  berperasaan sebegini.

Hairankan?! Kadang-kadang saya sendiri berperasaan begitu. Bukan bermaksud saya sangat tamak bila dah banyak baju masih rasa sedikit lagi. Apa yang berlaku sebenarnya kita merasa bosan dengan baju yang biasa kita pakai.

So, bagaimana cara mengatasi masalah sebegini? Ada caranya. Pertama korang asingkan baju kerja dan baju jalan serta baju untuk ke kenduri-kendara. Jangan sesekali gunakan kesemua  baju anda tanpa mengira tujuan. So, baju kerja anda pakai bila anda bekerja, baju untuk ke majlis-majlis keramaian anda pakai hanya bila ada majlis-majlis dan baju jalan-jalan anda pakai bila anda nak pergi jalan-jalan sahaja. Dengan cara yang saya sebutkan tadi anda tentu tidak akan bosan dengan baju-baju anda dan anda akan rasakan baju-baju anda sangattt banyakkk...

Sekian, sedikit tips dari secretary ^_^


No comments: