Manusia tak dapat nak mengukur keikhlasan seseorang!!!



Assalamualaikum
 

Pic from google


Anda semua happy tak beraya. Kalau happy Alhamdulillah. Pada yang tak happy jangan risau bila kita tak happy akan datang masa untuk kita happy. Apa yang pasti tungguuuuu!

Hari ni aku nak bercerita pasal keikhlasan. Apa itu keikhlasan? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ikhlas bermaksud hati suci, tidak menipu atau berpura-pura,menolong dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan, merelakan dan sebagainya.

Kadang-kadang ada di antara kita yang sering berkata ‘kalau memberi setakat nak menunjuk-nunjuk baik tak payah’…

Ada juga yang kata ‘ishh dia ni nak menderma pun nak heboh satu negara, ikhlaskah macam tu?’

Kadang-kadang ada juga yang buat macam ni ‘ kalau aku derma 50 ringgit aku rasa macam tak ikhlaslah baik aku derma 1 ringgit….’

Yeah sedihnya kalau berlaku seperti situasi di atas kan. Kadang-kadang kita manusia ni lupa, manusia tak dapat nak mengukur keikhlasan seseorang. Lihat orang nak buat baik mulalah kita negetif.  Lihat orang nak beramal dan bersedekah mulalah nak pandang negetif. Sebagai contoh..

“Dato Polan menderma satu jutalah dengan anak-anak yatim. Segala media cetak dan media electronic ada memaparkan kebaikan Dato polan. Ni entah ikhlas ke tak ni. Tak ada gunanya menderma kalau tak ikhlas” Kata si A kepada si B.

Haa, patut kita jangan jadi seperti si A sebab perangainya yang suka mengukur keikhlasan itu. Sampai bila kita nak melakukan kebaikan sekiranya asyik pikir mengenai keikhlasan. Hanya Allah yang Maha Bijaksana yang dapat mengukur keikhlasan kita.

Biarlah kerja mengukur keikhlasan itu kita serahkan semuanya kepada yang Maha Esa. Kita manusia cuma perlu memperhebatkan amal kebaikan. PEACE!!

No comments: