Sambal Tomato 3 minit!!!


Assalamualaikum


Pic from google


Korang pernah tidak makan sambal tomato? Sambal tomato ni memang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan. Bagi korang yang suka makan pedas korang perlu cuba. Wa gerenti korang mesti terangkat punya. Dahlah senang. Penyediaan pun ambil masa 3 minit cukup. Ianya sesuai bagi korang yang malas nak masak hihihihh…

Bahan-bahan
  1. 2 biji tomato segar 
  2. Sebiji limau nipis 
  3. Cili padi 5 biji (kalau nak lagi pedas tambah banyak-banyak cili padi) 
  4. Garam secukup rasa

Cara penyediaan
  1. Panaskan minyak, goreng 2 biji tomato segar  selama 1-2 minit (api jangan terlalu kuat). 
  2. Garam bersama cili padi ditumbuk hingga halus dan kemudian masukkan tomato yang telah digoreng tadi dan tumbuk bersama. 
  3. Setelah selesai ditumbuk, masukkan ke dalam mangkuk. 
  4. Perahkan sebiji limau nipis ke atas sambal tomato tadi. Siap.. 
Sambal tomato sedap dimakan bersama nasi, dan ikan goreng@bakar yang masih panas….nyum-nyum ^_^


2 comments:

deebah zaidi said...

macam sambal nasi lalapan ka ni kak nab? tp sambal tu mcm ada belacan jak sikit.. hehe

Zainab said...

Ini bukan gambar sebenar deebah...ini gambar dari yahoo..hahaha...