Sorry, I don’t know about that

Assalamualaikum
 


Hari ini boleh dikatakan hari yang busy. Sebagai seorang pekerja kita ada banyak kerja dan tanggungjawab. Ia sangat berbeza sekali dengan waktu ketika belajar sepenuh masa dahulu.

Kadang-kadang sibuk itu bagus tetapi kadangkala ia juga membuatkan kita pening kepala”. Mengapa? Cuba bayangkan  bila korang tengah kusyuk menyiapkan kerja dan tiba-tiba panggilan telefon yang tak henti-henti daripada pelanggan dan  bertanyakan soalan yang bukan-bukan dan di luar dari pengetahuan anda dan sebagai seorang pekerja anda tahu prinsip “ customer always right” anda perlu menjawab sebaik yang mungkin dengan penuh sopan-santun.

Jangan pernah berharap anda boleh berkata begini kepada pelanggan “Sorry, I don’t know about that”. Kalau nak cuba boleh tapi mungkin anda akan kena pecat atau pelanggan akan memarahi anda pada akhirnya. Hua..hua..hua…

Walau sebaik manapun sistem pemfailan anda, kadang-kadang ada situasi dimana fail yang anda cari-cari tidak jumpa-jumpa yang mungkin disebabkan oleh kelalaian seseorang meletakkan fail. Ya, ini juga situasi yang boleh menyebabkan anda sakit kepala. Disebabkan sebuah fail kerja-kerja anda tertangguh. Ohh, tidak!!! Ini yang aku alami sekarang, aku kena cari juga sampai dapat…

Apa-apa pun yang kita alami kita kena sentiasa sabar dan jangan sesekali menuding jari ke atas mana-mana pihak lagi-lagi kepada rakan sekerja kerana mereka adalah orang yang sangat rapat dengan anda. Seperti peribahasa “bagai aur dengan tebing”. Tanpa mereka sorang-soranglah anda, tanpa mereka sunyilah anda dan tanpa mereka tidak terciptalah kejayaan bersama.

Akhir kata, thanks all my colleagues, I feel lucky to have colleagues like you




No comments: