Perkara yang perlu difikirkan selepas tamat pengajian!

Assalamualaikum




Adakah anda belum menamatkan pengajian? Sekiranya belum ada perkara yang anda perlu tahu. 

Selepas tamat pengajian pastinya anda akan rasa sangat gembira pabila segala penat lelah belajar tidak kira siang, malam, tengah malam, subuh ataupun kadangkala tidak tidur dibayar dengan segulung ijazah, diploma, dan sebagainya di hari konvokesyen.

Selesai sahaja menamatkan pelajaran kita tidak lagi bergelar pelajar tetapi status kita bertukar kepada ‘pencari kerja’. Sekiranya kita mendapat pekerjaan alhamdulillah secara automatik status bertukar kepada 'PEKERJA' tetapi bagi yang belum mendapat pekerjaan status anda adalah ‘PENGANGGUR’. Sekiranya status anda sebagai penganggur berlarutan sehingga tempoh yang lama status anda akan menjadi lebih advanced lagi iaitu ‘PENGANGGUR BERJAYA’. Tahniah untuk anda tetapi mungkin anda akan merasa sedikit stress “ Bilalah aku dapat kerja ni’?

Selepas 6 bulan menamatkan pengajian pemiutang pun menuntut hutang di mana anda perlu membayar pinjaman pendidikan seperti yang paling famous sekali adalah PTPTN. Samada anda bekerja atau tidak dan samada anda menerima sebarang notis pembayaran balik ataupun tidak, anda perlu membayarnya (kecuali ada lanjutan tempoh pembayaran balik dari pihak PTPTN). Sekiranya anda tidak mahu membayar balik pinjaman pun tidak mengapa kerana reaksi anda mungkin jadi begini selepas setahun atau 2 tahun. “Haaaahh!! Dulu aku cuma pinjam RM15,000 apasal dah naik sampai RM17,000 ni?!”.

Seterusnya, anda kena ingat bahawa tamatnya anda belajar bermakna bermulalah satu tanggunjawab anda untuk menyara keluarga. Sekiranya anda tidak dapat menyara seluruh ahli keluarga setidak-tidaknya anda perlu meringankan tanggungan yang di pikul oleh keluarga anda selama ini. Anda bukan lagi seorang yang meminta duit malahan andalah yang perlu memberi duit. Maka pekerjaan amat perlu penting untuk anda.  


Mungkin akan ada yang menghadapi masalah mencari pekerjaan  disebabkan peluang pekerjaan dalam bidang yang diceburi amat sedikit. Maka jika berlaku demikian usahlah terlalu memilih pekerjaan kerana kebanyakan firma-firma lebih mengutamakan seseorang yang telah berpengalaman untuk di ambil bekerja berbanding fresh graduated yang tidak mempunyai atau hanya ada sedikit pengalaman sahaja. Tiada salahnya sekiranya kita bermula dari bawahkan? Jika seseorang mengatakan kepada anda begini " ek eleh ada ijazah tapi kerja kilang" atau "ek eleh belajar tinggi-tinggi tapi jadi office boy jer" endahkan semua kata-kata yang tidak membantu itu.

Justeru, banyak perkara  yang akan menyusul selepas tamat pengajian. Semoga anda dapat menangani segalanya dengan tenang. ^_^

Aku suka 'CRISTAL BEADED JEWELLERY'!

Assalamualaikum

Antara kerongsang yang terhasil


Aku pernah tidak sebut yang aku sangat suka buat ‘CRISTAL BEADED JEWELLERY’? Walaupun aku tak pakai sangat barangan kristal tapi aku kalau tengok Cristal Beading tu ya ampun! Wow! Aku akan jadi sangat teruja nak buat pelbagai jewellery termasuklah rings, necklaces and other sparkling jewels.

Makcik aku kata “Buat apa buat kalau tak pakai?”. Nevermindlah makcik, as long as I like to do it I will make it. Makcik maukah satu? Ambil jak ^_^”…..

Aku dah hasilkan banyak jewellery dan aku dah bagi mak aku, sepupu-sepupu aku dan kadang-kadang kerongsang tu pun aku ada guna juga tapi kalau rantai, gelang aku jarang guna. 

Bila dah semakin banyak nanti aku cadang nak jadikan sebagai gift , aku nak jual, aku nak pakai dan aku nak…rahsia…mana boleh bagi tahu semua teheee…..^_^

Doa jika terlupa membaca doa makan!

Assalamualaikum

Tentunya anda pernah mengalami situasi di mana anda terlupa membaca doa makan walaupun dah hampir separuh habis makanan dalam pinggan anda telan. Then bila dah nak habis baru korang tersedar “ Aikkkk, aku ada baca doa makan ker tadi?” atau korang akan kata “Alamakkk, amacam ni nasi dah nak habis aku baru teringat yang aku lupa baca doa makan tadi”.

Iya, sememangnya manusia ni sering lalai. So, lainkali kalau terlupa baca doa makan korang jangan terus makan sampai habis. Korang baca doa di bawah ini k.



Nasi Kuning!

Assalamualaikum



Nasi Kuning berlauk ikan dan serunding



Tengahari ni aku makan menu di atas. Apa ni? Inilah ‘Nasi Kuning’. Orang pasti tahu apa itu nasi kuning tapi masih ramai di luar sana yang tidak tahu dan ada juga yang buat-buat tahu. Iyalah, nama pun nasi kuning so indirectly dalam fikiran orang yang tak tahu Nasi Kuning tu ‘nasi yang berwarna kuninglahkan’. Tahniah anda dah semakin pandai! Tapi sedikit sahaja lagi anda bergelar genius jika anda tidak hanya membuat andaian berdasarkan fizikal semata-mata.

Nasi Kuning sangat fofular (opsS tersasul) di Daerah Tawau. Menurut penilitianku, Nasi Kuning ni berasal dari Indonesia. Disebabkan Tawau dekat dengan Indonesia so confirmlah pengaruh makanan Indonesia sangat kuat di daerah ini.

Ada orang kata Nasi Kuning samalah macam Nasi Lemak tapi pendapat aku mengatakan ia berbeza. Kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri. Antara Nasi Lemak dan Nasi Kuning mana lebih sedap? Dua-dualah sedap!

Mari lihat analisis harga Nasi Kuning di Derah Tawau
 
Tempat dijual
Harga
Rasa
Restoran
RM3.50
Memang Sedap
Kedai-kedai
RM1.80
Boleh Tahan
Gerai Makan
RM1.50
Boleh Tahanlah..
Gerai Kuih
RM1.00
Bolehlah….



Jadi, boleh tidak aku buat kesimpulan seperti ini ‘Semakin mahal harga nasi kuning, semakin sedap rasa nasi kuning’ ataupun ‘Jika harga nasi kuning mahal, maka sedaplah rasanya’. Hahaha..aku rasa macam aku buat kesimpulan untuk subjek sains darjah 6. LOL ^_^


Never trust a 2 year old! But..Isn't she so cute?

Assalamualaikum


Bila korang lihat video di atas ini korang pun pasti akan kata ‘yaa ampun comelnya anak Mat Salleh ni!!’ . Dahlah comel petah berkata-kata pulak tu walaupun kadang-kadang katanya tak boleh dipercayai akan tetapi dia boleh buat kita terhibur. Aku suka lihat berulang-ulang kali.

Now, I am conscious of something. Everything involving children makes me feel calm, happy, not very serious, and so on. Even children's books, I like too.

So, from now on I know how to overcome and how to handle my emotional and my stress. Yeah,  it's good to me ^_^.


Tagged! Me! Thanks!

Assalamualaikum


Aku suka letak gambar yang tiada kaitan...

Peace! Hari ni ada orang tag blog Cik Zai. Siapakah gerangannya? Haa, tu yang Cik Zai nak sebut tu. Orangnya tak lain dan tak bukan adalah ‘Hanis Atiqah’. We are friend dalam dunia maya (dunia blog). Ok, let’s check it out…

Sebelum tu aku kena post RULES ….

  1. Must post this rules.
  2. Post 11 things about themselve in their post. 
  3. Answer the question that those tagger set for you.  
  4. Have to choose 11 people to tagged them in their post.  
  5. Don't forget to go their page and tell them. 
  6. No tag back!


Lepas tu kena tulis 10 perkara tentang Cik Zai. 

Ohoho rasanya kita ni samalah Hanis sebab baca punya baca 10 things about Hanis tu Cik Zai dah garu kepala dan kata dalam hati ‘apasal 97% about you same with me?’ Ada 2-3 perkara sahaja tak sama dan yang pertama Cik Zai seorang yang tak kelakar, tak takut dengan lipas n etc ^_^. Teheee…

Me
Serious, Understanding,Loving, Spirit
Like to laksa
Drinks milo ice (Hanis kita samalah)..
Irritability, easy to sulk, stubborn
Reading novel, online, watch movie, bowling
work as "Assistant Secretary +  Audit"
Like to make friends
Not fear with cockroach
Single is Simple, couple is trouble
"Don’t Ever Give up, Until You Try Your Best"

My answer to Ms. Hanis!!!

Full Name with the meaning?
ZAINAB (Sejenis bunga yang cantik dan harum).
Hobby?
Reading, calculating, writing, surfing internet, watching funny movie…
The most fear thing?
Erm tikus..huwaaa…
What is your dream?
Aku nak jadi Usahawan merangkap bisnesswoman…
Favourite colour?
Pink and white…
The funny moment in your life?
Hahaha malulah nak cakap ^_^.
Weakness??
Pensyarah saya ajar kelemahan juga adalah kekuatan. (Skema kau Zainab)..
Strength?
Aku anak ketiga. Means aku ada kakak, ada abang dan ada adik, PERFECT! (Lari dari soalan)..
When is your first time cry for someone else?
Bila bos aku meninggal. Sedih wei, baru dua hari sebelumnya aku jumpa bos aku sihat walafiat dengan rambut baru potong lagi tue. Then, sehari selepas tu dia meninggal.
One word can describe urself?
Cayyo!
what do u thing about my blog??
Aku suka baca blog Hanis sebab entrynya selalu berkisar mengenai pengalaman bekerja di sebuah secretary firm. Bila aku baca kisah-kisahnya I was like ‘ eeehh kita samalah Hanis!’ dan kadangkala pula macam ni ‘ You are right Hanis, I feel the same too’. See, dua orang pelajar Secretarial Science tersesat di Secretary Firm ^_^.

Aku nak tag Deebah Zaidi, Joydee, athira, Cinderlala, Aki,Diq Xi Mhass, Zira,diah Saadiah, aidakano,farha, dan  kaero Ari...

Soalan yang aku nak tanya erm sama jelah macam soalan yang Hanis bagi kat aku tu.....



Cik Zai dapat Voucher from nuffnang (Rezeki di Hari Deepavali), Tq Chatime Publika!!

Assalamualaikum


Pagi-pagi Cik Zai buka laman Nuffnang. Cek punya cek aikkkk (terkejut) ada gambar cute kat sebelah nuffnang exchange. Ada gambar bubble tee icon named 'CHATIME PUBLICA SPECIAL!!!'. So, dengan perasaan tertanya-tanya Cik Zai pun klikla. Korang tahu tak apa yang keluar? Ha, gambar kat bawah nila yang keluar….

Rezeki di Perayaan Deepavali

See, Cik Zai dapat Voucher!! Happy ^_^ dan dah berkira-kira nak pergi but then baca punya baca ‘Aik! Tempat ni manada kat Tawau’ alala tak dapatlah nak pergi. Tapi apa-apa pun bersyukur jugalah sebab dapat voucher ni. At least voucher ni cute….Thanks nuffnang and Chatime Publika.


P.S.   Don’t worry. All Nuffnang bloggers will be rewarded with a “Buy 2 Free 1” deal at any time of the day, for three months. Yes, you read that right, for THREE months, ANY time….Wow!

SINGKATAN YANG SERING DIGUNAKAN DALAM BER 'CHIT CHAT'!!!!

Assalamualaikum


Di bawah ini adalah contoh-contoh penggunaan singkatan yang sering digunakan oleh pengguna internet samada dalam ‘berchating’, ‘berblogging’ dan sebagainya. Sebenarnya ada banyak lagi tapi Cik Zai dah edit dan buang mana yang tak patut sebab perkataan lucah tidak dibenarkan dalam blog yang cute ini heeeee ^_^. 

So, bila korang tengah berkomen di laman muka buku (facebook), atau tengah ‘chatting’ terjumpa dengan perkataan seperti di bawah ini, haa korang dah tak pening kepala memikirkan maksud perkataan ini.

lol = laugh out loud
rofl = rolling on floor laughing
brb = be right back
afk = away from keyboard
asl = age sex location?
ty = thank you
thx = thanks
np = no problem  
xoxo = hugs and kisses



Crystal Beaded Jewellery!!!!


Assalamualaikum




Semalam aku ada pergi ke Library Tawau. So, aku jumpa satu buku ni. Wow! Buku ni memang sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiranku dalam bidang ‘CRYSTAL BEADED JEWELLERY’ ni…

Aku dah belek-belek buku ni dan buku ni memang sangat-sangat bestla sebab dia mengandungi teknik-teknik, cara-cara nak buat bentuk macam ni, style macam ni dan gambar-gambar yang ditunjukkan pun sangat menarik sehinggakan aku kalau boleh nak baca dan terus baca tanpa merasa bosanpun.

Haaa, orang kalau minat sesuatu bukan sahaja perlu korbankan wang ringgit, tenaga dan masa tapi korang juga perlulah tambahkan ilmu korang agar idea korang akan berkembang dan berkembang barulah ianya menampakkan usaha korang serta hasil yang bermutu. Dekat mana nak cari ilmu tu? Haa, kat dalam bukulah. 

Walaupun korang kata ‘ alaa art takyah belajarlah, ilham tu akan datang sendiri’ akan tetapi kadang-kadang kita juga akan menghadapi masalah di mana kita kadang-kadang ketandusan idea, idea tidak berkembang, serta idea lambat muncul. So, ilmu dari pembacaan sangat-sangat  membantu.

Sekian…

Persediaan Perkahwinan!!


 Assalamualaikum


Tema Oren


Baru-baru ni aku ada war-warkan kat media elektronik yang kakak aku nak kahwin.  So, aku rasa seronok bila ilmu datang dan datang tanpa aku perlu pergi kursus atau seminar bagaimana mengadakan majlis perkahwinan.Hua ha ha…

Rupanya nak adakah majlis perkahwinan bukan senang. Ia tak sama macam kita nak buat majlis harijadi!

Lelaki take note! Bujet paling kurang dan tersangatlah kurang RM13K!!! Itupun baru bujet kasar belum bujet bersih lagi.

Kalau korang nak kahwin, korang kena……

1.     Ikut Kursus Perkahwinan. Kursus ni wajib korang ikut sebab tak ada Sijil Kursus Kahwin korang tak boleh kahwin. Kahwin kampung bolehlah tapi korang akan menghadapi masalah bila korang nak register perkahwinan korang nanti.

2.     Tempah @ jahit baju kahwin. Kebiasaannya, mestilah korang nak pakai baju nikah yang baru dan cantikkan. Takkanlah korang nak pakai baju pinjam kot! 

3.    Tempah kad undangan. Memang style masyarakat sekarang buat kad undangan untuk jemput orang datang ke majlis perkahwinan. Kalau masyarakat dulu-dulu diorang pergi ke satu rumah dan ke satu rumah tuk mengundang orang datang. Fikirkan juga jumlah tetamu yang nak diundang.

4.      Cari tukang masak @ catering. Kalau di kawasan kampung kebiasaannya orang kampung yang akan bergotong-royong untuk memasak semua makanan tetapi kalau di kawasan bandar korang kena guna khidmat Catering atau upah tukang masak sebab kebanyakan masyarakat yang duduk di bandar sibuk bekerja.

5.       Tempah tenda, kerusi, meja. Segala benda-benda ni korang kena juga fikirkan sebab bila tetamu sampai takkanlah korang nak suruh mereka duduk atas lantaikan. Kalau korang tempah dewan lagi bagus sebab dah memang ada kerusi dan beratap. Aku syorkan kakak aku tempah dewan tapi kakak aku kata “ takkan nak buat dua pelamin, satu kat rumah dan satu lagi kat dewan? Atau nak pindah-pindahkan pelamin dari rumah ke dewan?!” Hua hua mana-mana kaulah kak…

6.     Beli dan siapkan barang hantaran perkahwinan. Barang hantaran perkahwinan ni korang kena buat sendiri dan terpaksa memandaikan diri menghias barang hantaran. Kalau korang malas pun tidak mengapa, korang upahlah siapa-siapa tolong gubahkan. But, nak upah orang pun perlu bajet taw!

7.     Antara lain benda yang korang kena fikirkan…
·        Hias bilik pengantin (termasuk beli perabot baru).
·        Tempah andaman.
·        Tempat tinggal korang lepas berkahwin.
·        Kalau nak lebih advanced lagi nak pergi HONEYMOON lepas kahwin.

Kalau nak cerita satu-satu memang tak ada habis punyalah cerita persediaan kahwin ni. Memang terlebih bujetlah jawabnya.
 
So, korang yang nak kahwin pandai-pandailah plan wedding korang agar tidak terlebih dari kemampuan bak peribahasa Melayu ‘ukur baju di badan sendiri ‘atau trademark Stacey 'Oooops terlebih sudah'…

Sekian…

Diumumkan Pemenang My First Giveaway!!! (Semua Peserta Menang)!!!

Assalamualaikum





Hari tu aku dah promote MY FIRST GIVEAWAY kat blog Cik Zai yang sangat cute ni kan. Haa hari ni dengan rasminya aku umumkan penutupan MY FIRST GIVEAWAY ^_^

ATTENTION PLEASE!!!!
GOOD NEWS!!!
KEPADA SEMUA PESERTA YANG MENYERTAI MY FIRST GIVEAWAY !!!!
ANDA SEMUA MENJADI PEMENANG!!!


So, tak ada yang kalah dan tak ada yang buat entry sia-sia. Korang yang dah join GA Cik Zai CONGRATULATION!!!

Kesemua pemenang yang bertuah adalah….


Sila ambil perhatian kepada semua pemenang!!!! Saya perlukan maklumat korang (para pemenang) untuk proses penghantaran hadiah. Sila e-melkan butir-butir seperti di bawah ke 

raudhah.zainab@gmail.com

Nama Penuh:
Alamat Surat-menyurat:
No. Telefon:
E-mel:

Pastikan butir-butir yang anda berikan adalah betul dan tepat bagi mengelakkan masalah hadiah tidak sampai ke tangan anda. 

Setelah menghantar butir-butir ke alamat e-mel yang diberikan sila tinggalkan komen di bawah entry ini agar CZ dapat mengenalpasti peserta yang telah menghantar butir-butir mereka.

Sekian....

TUKANG BUSY BODY!!!!

Assalamualaikum




Hari ni bos tak ada. Dia dah pergi holiday. So, aku tak tahu nak buat mood macam mana samada aku perlu ‘Hurrayyyyy bos tak ada!!!' ataupun macam ni  ‘Alaaaaa, wa pun nak gi holiday juga!!!...

Lupakan tentang mood itu…Kita buka cerita tentang event kakak aku yang bakal menjelang tu erk…

Semalam kitorang dah prepare kad kahwin. Banyak!!! Dalam lebih kurang 700 keping. Tengah-tengah aku buat salinan bahagian butir-butir event tu kan aku dok fikir dan fikir jumlah guest yang diundang sebanyak 700. So, ia dah menyamai jumlah pelajar kat sekolah menengah aku dulu. Wowwwww!!!! Muat ker tak muat ni. Apasal ramai sangat? Memang macam ni ker majlis perkahwinan? Sepupu sepapat aku sangat ramai…huwaa I can’t imagine how the event running on that day…

Mungkin disebabkan keluarga aku baru first time buat event macam ni so aku tak tahu sangatlah pasal majlis-majlis macam ni. Mungkin korang akan kata ‘ erk eleeee baru 700, kalau kitorang 5000!’…..

Huwaaaa pengsan aku sekejap !

Ada banyak lagi persiapan nak kena buat sebab lagi 3 minggu kakak aku nak kahwin. Masa ni lah aku jadi tukang busy body bantu apa yang patut AGARRRR..hehehhe kelak aku nak kahwin taklah aku terkapai-kapai tak tahu apa nak buat…wehihihihihhi


Budak Kecil Kena Gilis Van Dibiarkan Orang Ramai!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera… 







Kita mengaku kita manusia. Bila kita mengaku kita manusia bermakna kita tahu kita bukannya haiwan yang tidak mempunyai perasaan dan tidak dapat membezakan yang mana baik mahupun yang buruk. 

Manusia mempunyai sifat berperikemanusiaan serta tidak mementingkan diri sendiri. Cuba letakkan diri kita sebagai ibu kepada budak dalam video di atas. Kita nak tak jadi anak kita jadi begini? Kita inginkah anak kita yang sempurna terlantar di wad kecemasan yang belum tentu boleh hidup ataupun nyawa tinggal di hujung tanduk sahaja? Semestinya TIDAK bukan?  

Kalaupun mungkin ia adalah takdir anak ini kemalangan itu tidak bererti kita perlu membiarkan anak ini terus digilis dan terus digilis oleh kenderaan yang lalu-lalang tanpa kita memberikan bantuan! 

Manusia jangan terlalu individualistic! 

Jadikan pedoman, kita hidup bermasyarakat perlu membantu sesama insan. Mungkin hari ini nasib anak ini digilis di masa akan datang kita belum tahu nasib kita mungkin lebih teruk lagi. 

Sekian...