Budak Kecil Kena Gilis Van Dibiarkan Orang Ramai!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera… 







Kita mengaku kita manusia. Bila kita mengaku kita manusia bermakna kita tahu kita bukannya haiwan yang tidak mempunyai perasaan dan tidak dapat membezakan yang mana baik mahupun yang buruk. 

Manusia mempunyai sifat berperikemanusiaan serta tidak mementingkan diri sendiri. Cuba letakkan diri kita sebagai ibu kepada budak dalam video di atas. Kita nak tak jadi anak kita jadi begini? Kita inginkah anak kita yang sempurna terlantar di wad kecemasan yang belum tentu boleh hidup ataupun nyawa tinggal di hujung tanduk sahaja? Semestinya TIDAK bukan?  

Kalaupun mungkin ia adalah takdir anak ini kemalangan itu tidak bererti kita perlu membiarkan anak ini terus digilis dan terus digilis oleh kenderaan yang lalu-lalang tanpa kita memberikan bantuan! 

Manusia jangan terlalu individualistic! 

Jadikan pedoman, kita hidup bermasyarakat perlu membantu sesama insan. Mungkin hari ini nasib anak ini digilis di masa akan datang kita belum tahu nasib kita mungkin lebih teruk lagi. 

Sekian...

No comments: