Crystal Beaded Jewellery!!!!


Assalamualaikum




Semalam aku ada pergi ke Library Tawau. So, aku jumpa satu buku ni. Wow! Buku ni memang sesuai untuk meningkatkan lagi kemahiranku dalam bidang ‘CRYSTAL BEADED JEWELLERY’ ni…

Aku dah belek-belek buku ni dan buku ni memang sangat-sangat bestla sebab dia mengandungi teknik-teknik, cara-cara nak buat bentuk macam ni, style macam ni dan gambar-gambar yang ditunjukkan pun sangat menarik sehinggakan aku kalau boleh nak baca dan terus baca tanpa merasa bosanpun.

Haaa, orang kalau minat sesuatu bukan sahaja perlu korbankan wang ringgit, tenaga dan masa tapi korang juga perlulah tambahkan ilmu korang agar idea korang akan berkembang dan berkembang barulah ianya menampakkan usaha korang serta hasil yang bermutu. Dekat mana nak cari ilmu tu? Haa, kat dalam bukulah. 

Walaupun korang kata ‘ alaa art takyah belajarlah, ilham tu akan datang sendiri’ akan tetapi kadang-kadang kita juga akan menghadapi masalah di mana kita kadang-kadang ketandusan idea, idea tidak berkembang, serta idea lambat muncul. So, ilmu dari pembacaan sangat-sangat  membantu.

Sekian…

No comments: