ketak ketik ketuk 11/11/2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Lama tidak bersua! Hai untuk anda semua ^_^. Walaupun aku seorang yang rajin tapi kadangkala orang yang rajin sangat malas untuk menghapdet2 blog disebabkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Jadi disebabkan aku sekarang tengah rajin dan ada masa so aku pun merajinkan 10 jari-jemari aku untuk ketak ketik ketuk ketak ketak ketikkkkk..heeeee

Bulan 11/11/2011 kakak aku nak kahwin. Ini perkahwinan pertama dalam keluarga. So, masa ni kitorang perlu buat persiapan. Korang tahulahkan kalau suku Bugis ni kahwin macam mana? Korang tak tahu erk?! Saya beritahu sekarang, Kalau boleh satu daerah datang, ditambah lagi sepupu-sepapat dari Indonesia, dari daerah-daerah lain, dari negeri-negeri lain. Pokoknya, sehingga hubungan bau-bau bacang dan yang tak ada hubungan pun datang. Yeah perkara biasa bagi suku Bugis! Itu belum dasyat lagi. 

Selalunya bila suku Bugis buat perkahwinan, kita akan buat persiapan 3 hari 3 malam sebelum hari perkahwinan dan majlis akan diadakan mula dari 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Cuba bayangkan pasangan pengantin terpaksa duduk dari pagi  sampai malam di atas pelamin huahuahua aku tak dapat bayangkan kakak aku duduk di atas pelamin berjam-jam dari pagi sampai malam. Nasib badanlah kak oii sapa suruh hang nak kahwin! Ehhehhe aku ni ketawakan orang macamlah aku tak akan kahwin oopsss!

Apa-apapun semoga majlis yang akan berlangsung berjalan dengan lancar dan semoga kakak aku bahagia hingga ke akhirnya…cewahhh skema ayat aku ^_^

Gambar yang tak ada kaitan tapi aku saja upload sebab aku suka ^_^



No comments: