Makan tengahari dengan Nasi Uduk!!!



Assalamualaikum


Nasi Uduk nampak lazatkan ^_^


Semalamkan saya dan rakan sekerja pergilah ke satu restoran ni untuk menjamu selera. Nama restoran ni INDO-TASTE. Ia terletak berhampiran dengan Giant Tawau.

Apa yang menarik dekat restoran ini? Inilah nak cerita ni, semua menu yang disediakan ala-ala menu Indonesia.

So, kitorang pesanlah ‘Nasi Uduk ayam penyet’. Nasi Uduk tu apa? Nasi Uduk tu macam nasi lemak tapi ada sedikit perbezaan di mana ia dihidangkan bersama koropok unyil, tauhu, tempe, tomato,sayur dan banyak lagilah.

Menu lain yang ada kat sini seperti pebagai jenis  nasi Uduk, pisang goreng cheese, popiya goreng, bakso, pelbagai jenis minuman seperti mango sago, cendol, dan sebagainya.

Ada banyak menu lagi yang ada dijual kat sini tetapi disebabkan kitorang kekenyangan lenkalilah kitorang  datang sini erk tauke..Heeeee…

No comments: