Nasi Kuning!

Assalamualaikum



Nasi Kuning berlauk ikan dan serunding



Tengahari ni aku makan menu di atas. Apa ni? Inilah ‘Nasi Kuning’. Orang pasti tahu apa itu nasi kuning tapi masih ramai di luar sana yang tidak tahu dan ada juga yang buat-buat tahu. Iyalah, nama pun nasi kuning so indirectly dalam fikiran orang yang tak tahu Nasi Kuning tu ‘nasi yang berwarna kuninglahkan’. Tahniah anda dah semakin pandai! Tapi sedikit sahaja lagi anda bergelar genius jika anda tidak hanya membuat andaian berdasarkan fizikal semata-mata.

Nasi Kuning sangat fofular (opsS tersasul) di Daerah Tawau. Menurut penilitianku, Nasi Kuning ni berasal dari Indonesia. Disebabkan Tawau dekat dengan Indonesia so confirmlah pengaruh makanan Indonesia sangat kuat di daerah ini.

Ada orang kata Nasi Kuning samalah macam Nasi Lemak tapi pendapat aku mengatakan ia berbeza. Kedua-duanya mempunyai rasa yang tersendiri. Antara Nasi Lemak dan Nasi Kuning mana lebih sedap? Dua-dualah sedap!

Mari lihat analisis harga Nasi Kuning di Derah Tawau
 
Tempat dijual
Harga
Rasa
Restoran
RM3.50
Memang Sedap
Kedai-kedai
RM1.80
Boleh Tahan
Gerai Makan
RM1.50
Boleh Tahanlah..
Gerai Kuih
RM1.00
Bolehlah….



Jadi, boleh tidak aku buat kesimpulan seperti ini ‘Semakin mahal harga nasi kuning, semakin sedap rasa nasi kuning’ ataupun ‘Jika harga nasi kuning mahal, maka sedaplah rasanya’. Hahaha..aku rasa macam aku buat kesimpulan untuk subjek sains darjah 6. LOL ^_^


2 comments:

sarinaht said...

uwaaa...lamanya suda ndk mkn
Cik Zai, laju jgk ko ni update blog, bgus2

Cik Zai said...

Hahahha...c Sarinahkan..jganla ber Cik2 dengan aku ^_^....nanti balik Tawau ble makan nasi kuning banyak2 k ^_^...