Perkara yang perlu difikirkan selepas tamat pengajian!

Assalamualaikum




Adakah anda belum menamatkan pengajian? Sekiranya belum ada perkara yang anda perlu tahu. 

Selepas tamat pengajian pastinya anda akan rasa sangat gembira pabila segala penat lelah belajar tidak kira siang, malam, tengah malam, subuh ataupun kadangkala tidak tidur dibayar dengan segulung ijazah, diploma, dan sebagainya di hari konvokesyen.

Selesai sahaja menamatkan pelajaran kita tidak lagi bergelar pelajar tetapi status kita bertukar kepada ‘pencari kerja’. Sekiranya kita mendapat pekerjaan alhamdulillah secara automatik status bertukar kepada 'PEKERJA' tetapi bagi yang belum mendapat pekerjaan status anda adalah ‘PENGANGGUR’. Sekiranya status anda sebagai penganggur berlarutan sehingga tempoh yang lama status anda akan menjadi lebih advanced lagi iaitu ‘PENGANGGUR BERJAYA’. Tahniah untuk anda tetapi mungkin anda akan merasa sedikit stress “ Bilalah aku dapat kerja ni’?

Selepas 6 bulan menamatkan pengajian pemiutang pun menuntut hutang di mana anda perlu membayar pinjaman pendidikan seperti yang paling famous sekali adalah PTPTN. Samada anda bekerja atau tidak dan samada anda menerima sebarang notis pembayaran balik ataupun tidak, anda perlu membayarnya (kecuali ada lanjutan tempoh pembayaran balik dari pihak PTPTN). Sekiranya anda tidak mahu membayar balik pinjaman pun tidak mengapa kerana reaksi anda mungkin jadi begini selepas setahun atau 2 tahun. “Haaaahh!! Dulu aku cuma pinjam RM15,000 apasal dah naik sampai RM17,000 ni?!”.

Seterusnya, anda kena ingat bahawa tamatnya anda belajar bermakna bermulalah satu tanggunjawab anda untuk menyara keluarga. Sekiranya anda tidak dapat menyara seluruh ahli keluarga setidak-tidaknya anda perlu meringankan tanggungan yang di pikul oleh keluarga anda selama ini. Anda bukan lagi seorang yang meminta duit malahan andalah yang perlu memberi duit. Maka pekerjaan amat perlu penting untuk anda.  


Mungkin akan ada yang menghadapi masalah mencari pekerjaan  disebabkan peluang pekerjaan dalam bidang yang diceburi amat sedikit. Maka jika berlaku demikian usahlah terlalu memilih pekerjaan kerana kebanyakan firma-firma lebih mengutamakan seseorang yang telah berpengalaman untuk di ambil bekerja berbanding fresh graduated yang tidak mempunyai atau hanya ada sedikit pengalaman sahaja. Tiada salahnya sekiranya kita bermula dari bawahkan? Jika seseorang mengatakan kepada anda begini " ek eleh ada ijazah tapi kerja kilang" atau "ek eleh belajar tinggi-tinggi tapi jadi office boy jer" endahkan semua kata-kata yang tidak membantu itu.

Justeru, banyak perkara  yang akan menyusul selepas tamat pengajian. Semoga anda dapat menangani segalanya dengan tenang. ^_^

1 comment:

sarinaht said...

a very good reminder indeed! terutama utk tidak mempedulikn kata2 negatif tu!