Persediaan Perkahwinan!!


 Assalamualaikum


Tema Oren


Baru-baru ni aku ada war-warkan kat media elektronik yang kakak aku nak kahwin.  So, aku rasa seronok bila ilmu datang dan datang tanpa aku perlu pergi kursus atau seminar bagaimana mengadakan majlis perkahwinan.Hua ha ha…

Rupanya nak adakah majlis perkahwinan bukan senang. Ia tak sama macam kita nak buat majlis harijadi!

Lelaki take note! Bujet paling kurang dan tersangatlah kurang RM13K!!! Itupun baru bujet kasar belum bujet bersih lagi.

Kalau korang nak kahwin, korang kena……

1.     Ikut Kursus Perkahwinan. Kursus ni wajib korang ikut sebab tak ada Sijil Kursus Kahwin korang tak boleh kahwin. Kahwin kampung bolehlah tapi korang akan menghadapi masalah bila korang nak register perkahwinan korang nanti.

2.     Tempah @ jahit baju kahwin. Kebiasaannya, mestilah korang nak pakai baju nikah yang baru dan cantikkan. Takkanlah korang nak pakai baju pinjam kot! 

3.    Tempah kad undangan. Memang style masyarakat sekarang buat kad undangan untuk jemput orang datang ke majlis perkahwinan. Kalau masyarakat dulu-dulu diorang pergi ke satu rumah dan ke satu rumah tuk mengundang orang datang. Fikirkan juga jumlah tetamu yang nak diundang.

4.      Cari tukang masak @ catering. Kalau di kawasan kampung kebiasaannya orang kampung yang akan bergotong-royong untuk memasak semua makanan tetapi kalau di kawasan bandar korang kena guna khidmat Catering atau upah tukang masak sebab kebanyakan masyarakat yang duduk di bandar sibuk bekerja.

5.       Tempah tenda, kerusi, meja. Segala benda-benda ni korang kena juga fikirkan sebab bila tetamu sampai takkanlah korang nak suruh mereka duduk atas lantaikan. Kalau korang tempah dewan lagi bagus sebab dah memang ada kerusi dan beratap. Aku syorkan kakak aku tempah dewan tapi kakak aku kata “ takkan nak buat dua pelamin, satu kat rumah dan satu lagi kat dewan? Atau nak pindah-pindahkan pelamin dari rumah ke dewan?!” Hua hua mana-mana kaulah kak…

6.     Beli dan siapkan barang hantaran perkahwinan. Barang hantaran perkahwinan ni korang kena buat sendiri dan terpaksa memandaikan diri menghias barang hantaran. Kalau korang malas pun tidak mengapa, korang upahlah siapa-siapa tolong gubahkan. But, nak upah orang pun perlu bajet taw!

7.     Antara lain benda yang korang kena fikirkan…
·        Hias bilik pengantin (termasuk beli perabot baru).
·        Tempah andaman.
·        Tempat tinggal korang lepas berkahwin.
·        Kalau nak lebih advanced lagi nak pergi HONEYMOON lepas kahwin.

Kalau nak cerita satu-satu memang tak ada habis punyalah cerita persediaan kahwin ni. Memang terlebih bujetlah jawabnya.
 
So, korang yang nak kahwin pandai-pandailah plan wedding korang agar tidak terlebih dari kemampuan bak peribahasa Melayu ‘ukur baju di badan sendiri ‘atau trademark Stacey 'Oooops terlebih sudah'…

Sekian…

2 comments:

Anonymous said...

TQ.... mmg sgt bguna coz sy & bakal suami sdang rancang mjlis pkahwinan kami .... kami tgh pening sbb x tau apa yg perlu d buat utk sempurna kn mjlis kami nnt.... info anda sgt mbantu..... Smoga sukses.... ^_^

Cik Zai said...

Sama-sama...semoga majlis anda berjalan dengan lancar nanti k ^_^