Sorry dear, there's no guarantee before marriage!!


Pagi tadi aku sempat menonton Selamat Pagi Malaysia segmen Jerat cinta ‘teman geli-geli’ bersama penceramah Dr. Rubiah K.Hamzah. Memang cukup menarik dan rasa bertuah dapat menonton rancangan tersebut.

Kata-kata penceramah Dr. Rubiah K. Hamzah cukup memotivasikan diri. 

Ramai remaja bahkan belia kini tidak sedar akan kesilapan mereka, tak sayang diri mereka, tak hargai diri mereka, terpengaruh dengan budaya kuning, gelap mata dengan kemewahan yang diberikan sehinggakan sanggup menyerahkan diri sebagai balasan terutamanya wanita.

Remaja atau belia kini kalau bercinta tak sah kalau tak berpegangan-pegangan, tak sah kalau tak bersentuh-sentuhan dan akhirnya terjerumus melakukan maksiat. Bila ditanya mengapa kamu sanggup berbuat demikian? ‘Sebagai jaminan dia milikku’, ‘sebagai bukti cinta’. Masyaallah…..

Bila dah terjerumus ke lembah maksiat perempuan akan lebih menerima kesannya. Maka mengandunglah si perempuan. Bila si perempuan mengandung anak luar nikah si lelaki cabut lari dan ibu-bapa pula tak mengaku anak dan menghalau si anak yang mengandungkan anak luar nikah tadi. See, betapa berat kesan buruk yang akan anda tanggung bila anda terjebak ke dalam situasi sebegini. 

Maka, nasihat Cik Zai untuk diri sendiri dan untuk para wanita di luar sana tolong hargai diri anda dan sayangi diri anda. Jangan sangka bila anda bersentuh-sentuhan ianya jaminan anda adalah miliknya dan dia juga milik anda. Sorry dear, there's no guarantee before marriage!! Nasihat kepada lelaki juga jika anda cintakan seseorang hargai mereka bukan kerana jasadnya tetapi ikhlas kerana Allah SWT.

Akhir kata, carilah seseorang yang menyintai ibu bapa anda sebelum dia  menyintai anda. Semoga, atas cinta dan sayangnya kepada ibu bapa anda dia tidak akan sanggup menyentuh anda.  

No touching before marriage!!!



No comments: