TUKANG BUSY BODY!!!!

Assalamualaikum




Hari ni bos tak ada. Dia dah pergi holiday. So, aku tak tahu nak buat mood macam mana samada aku perlu ‘Hurrayyyyy bos tak ada!!!' ataupun macam ni  ‘Alaaaaa, wa pun nak gi holiday juga!!!...

Lupakan tentang mood itu…Kita buka cerita tentang event kakak aku yang bakal menjelang tu erk…

Semalam kitorang dah prepare kad kahwin. Banyak!!! Dalam lebih kurang 700 keping. Tengah-tengah aku buat salinan bahagian butir-butir event tu kan aku dok fikir dan fikir jumlah guest yang diundang sebanyak 700. So, ia dah menyamai jumlah pelajar kat sekolah menengah aku dulu. Wowwwww!!!! Muat ker tak muat ni. Apasal ramai sangat? Memang macam ni ker majlis perkahwinan? Sepupu sepapat aku sangat ramai…huwaa I can’t imagine how the event running on that day…

Mungkin disebabkan keluarga aku baru first time buat event macam ni so aku tak tahu sangatlah pasal majlis-majlis macam ni. Mungkin korang akan kata ‘ erk eleeee baru 700, kalau kitorang 5000!’…..

Huwaaaa pengsan aku sekejap !

Ada banyak lagi persiapan nak kena buat sebab lagi 3 minggu kakak aku nak kahwin. Masa ni lah aku jadi tukang busy body bantu apa yang patut AGARRRR..hehehhe kelak aku nak kahwin taklah aku terkapai-kapai tak tahu apa nak buat…wehihihihihhi


No comments: