Walau secerewet manapun TETAP IBU KITA JUGA!

Assalamualaikum

Syurga itu di telapak kaki ibu!!


Walau segarang manapun ibu, walau sejahat manapun ibu, walau secerewet manapun ibu, walau se dan se bla bla pun ibu 'TETAP IBU KITA JUGA'!! Ibu kita di dunia ini cuma satu, ibu tiri itu tidak sama dengan ibu kandung.

Sebagai anak kita perlu taat. Kadang-kadang kita lupa bila berkata ‘ah’ itu pun sudah dikira derhaka kepada ibu. Mari kita kira berapa banyak kali ‘ah’ yang kita telah sebutkan kepada ibu…..haa tak ngakuu…

Mungkin bila kita melawan ibu kita fikir ‘ perkara biasa’ tapi tidak pada ibu. Ibu pasti merasa sedih anak yang dikandung 9 bulan sudah pandai melawan, melenting kepadanya. Bila kita dah anak dan kemudian anak kita melawan kita baru kita rasa apa yang ibu rasakan.

Harapan Cik Zai untuk diri sendiri dan juga kepada anda semua…..


Sayangi ibu…………..


Doakan ibu………….


Jaga ibu………………


Kasihi ibu……………..


Walau bagaimana keadaan ibu sekalipun…kerana mereka IBU kita…

Cuma 1...

No comments: