Sedikit emo!!!


Assalamualaikum



Kadang-kadangkan aku ada rasa macam nak berhenti kerja! Huwaaaa… Kerja memang tak bestlah, kalau study dulu buat silap pun cikgu akan kata “Tak mengapa betulkan semula kesilapan dan tingkatkan lagi usaha.”

See, ianya cukup berbeza bila kita dah bekerja. Sekiranya buat silap masing-masing menuding jari kearah kita dan kalau nasib lagi teruk mungkin kita akan kena tengking dan dimarahi.

Semua orang nak kita buat dengan bersungguh-sungguh bak kata bos-bos “kerja perlu teliti dan efisien ya para anak buah”. Bukankan manusia itu tidak lepas dari melakukan kesilapan? Haaa silakan jawab….sila…sila….

Sekian…

Entry ini tidak berhubungkait dengan mana-mana pihak. Sekadar ingin membuang perasaan emo ^_^

It's a bittersweet thing!!

Assalamualaikum

Petang tadi aku ke kedai. Disebabkan aku rajin dan aku sangat-sangat jarang bersenam aku pun jalan kakilah ke kedai. Kedai tu bukan sebelah rumah aku erk tapi  kira-kira 10-15 minit berjalan kaki jugalah. Aku berani jalan sorang-sorang sebab memang kat Tawau ni kebarangkalian untuk kena ragut atau kena culik tu memang sangat-sangat rendah atau dalam erti kata lain Bandar Tawau ni SELAMAT. Anak jati Tawau sila bersyukur sekarang!

13 tahun dulu kami menuntut ilmu (mengaji) di sini..


Tengah aku jalan-jalan tu aku pun terpandang rumah bekas tempat aku belajar mengaji Al-Quran dahulu. Rumah ini sudah tidak terjaga. Mungkin disebabkan penghuni baru ini malas. Tiba-tiba aku rasa aku baru semalam belajar mengaji di rumah ni beserta rakan-rakanku yang lain seramai lebih 30 orang. Aku juga rasa baru semalam aku dan rakan-rakan mengaji menyapu, mencuci pinggan, mencabut rumput di sini walaupun aku rasa dah 10 tahun berlalu. Masa sangat pantas berlalu tanpa aku sedari. 10 tahun adalah satu jangka masa yang sangat panjang. Kebanyakan rakan-rakan mengajiku sudah berkahwin malahan sudah ada anak. Tahniah rakan-rakan! Walaupun kita pernah bertolak-tolak hingga ada yang masuk longkang, walaupun kita sentiasa berlumba lari bila selesai mengaji dan walaupun kita suka mengejek, berketawa, dan menangis bersama namun itu semua menjadi kenangan manis untuk kita semua. Terima kasih Ustad dan Ustazah, tanpa tunjuk ajarmu sudah tentu aku dan rakan-rakanku langsung tidak tahu membaca Al-Quran dengan betul.

P/S  Kepada pemenang GA sila bersabar. Hadiah anda kini di peringkat penghantaran. Dan kepada peserta GA yang belum menghantarkan alamat anda sila hantar secepat mungkin bagi mempercepatkan proses penghantaran. TQ

KOMPLIKASI CINTA DULU DAN SEKARANG!!

 Assalamualaikum




Dahulu kebanyakan orang BERKAHWIN SEBELUM BERCINTA disebabkan faktor seperti jodoh pilihan ibu bapa, perkahwinan diawal usia remaja dan sebagainya. Apakandaya, teruna dan dara belum lagi mengecapi masa muda remaja sepenuhnya, ibu bapa sudah sibuk memikirkan jodoh untuk anak mereka.

Maka disebabkan itu terjadilah masalah-masalah seperti keterpaksaan dalam perhubungan, ketidak relaan empunya diri, bakal pengantin melarikan diri sehari sebelum berkahwin, perkahwinan yang tak jadi dan sebagainya.

Pada masa kini pula, kebanyakan pasangan bercinta sebelum berkahwin. Ada di antaranya sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berkahwin jua. Alasannya masih mengumpul wang, keluarga tidak merestui, ekonomi belum stabil, belum mempunyai kerjaya dan sebagainya. Maka perkahwinan pun dilambatkan.

Bila perkahwinan dilambatkan maka semakin lama hubungan yang dahulunya dari mata turun ke hati sudah mula retak dengan munculnya orang ketiga. Biasalah manusia bila sudah bosan dengan sesuatu pasti inginkan kelainan walaupun pada akhirnya akan balik semula kepada cinta pertama

Antara komplikasi bilamana BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN yang paling kerap berlaku adalah pasangan akan merasa cepat bosan dengan pasangan. Perkara biasa kerana ada pasangan yang telah bercinta hingga mencecah 4 hingga ke 7 tahun, malahan melebihi 10 tahun pun ada juga!  Kalaulah bercinta sudah bertahun-tahun maka pasangan pasti telah melalui dan melepasi peringkat bercinta. Sebab itulah mengapa ramai yang bercinta sebelum berkahwin akan berkata begini dalam mod kecewa “alam percintaan tidak sama dengan alam perkahwinan”…

Sekirannya ada yang berkata begini “ aku dulu pun bercinta hingga 10 tahun baru berkahwin tapi tak ada masalah pun!”. Ya, alhamdulillah anda patut bersyukur kerana rumahtangga anda kekal, aman dan harmoni. Tidak semua orang akan mengalami nasib yang sama seperti anda.

Keharmonian serta kebahagian rumah tangga tidaklah seratus peratus bergantung kepada ‘bila anda bercinta? selepas kahwinkah atau sebelum kahwin?’ Ada banyak faktor yang mempengaruhi seperti persekitaran, keluarga, pendidikan, kerjaya dan sebagainya.

Kesimpulannya, sekiranya ada ingin bercinta fikir-fikirkanlah kesannya dan akibatnya sebelum memulakan hubungan kerana kedua-duanya mempunyai komplikasi yang tersendiri. Jika ditanya saya eloklah bercinta selepas berkahwin kerana dalam Islam tiada istilah ‘mencintai boyfriend aka pakwe atau girlfriend aka makwe’ tapi kalau mencintai Allah SWT, Rasul, Ibu bapa, rakan-rakan tu adalah.

Sekali lagi aku menekankan...
Islam tiada istilah ‘mencintai boyfriend atau girlfriend’ tapi kalau mencintai Allah SWT, Rasul, Ibu bapa, suami, rakan-rakan tu adalah.



Sekian.

Tudung Bawal VS Tudung Express!!

Assalamualaikum



Nenek aku serta saudara mara dari Indonesia datang seminggu sebelum wedding day kakak aku. Satu hari bila aku kata aku nak pergi beli tudung mak aku pesan beli banyak-banyak untuk nenek dan makcik. Jadi aku pun tanya nenek aku “Nek nek…nenek suka tudung yang macam mana?”. Nenek aku pun jawab “Jangan beli yang tudung express, beli yang tudung bawal”.

So, aku pun pergilah bandar beli tudung walaupun dalam hati aku timbul persoalan “apasal nenek tak suka tudung express ya? Tudung express kan sesuai, kemas dan mudah dipakai untuk golongan makcik-makcik serta golongan yang lebih tua. Kalau tudung segitiga orang muda pun kadang-kadang rasa payah nak bentuk, hairan!”

Bila aku pulang ke rumah dengan membawa tudung yang aku beli aku pun tanya dengan nenek apasal tak suka tudung express? Then, nenek jawab “tudung express dah ketinggalan zaman di Indonesia, tudung bawal yang laku”..huahua…

Terbaliklah pula dengan kat Malaysia… 


Tayar kereta kena rantai lagi !


Assalamualaikum




Petang tadi ada satu kejadian. Rakan sepejabat yang pada mulanya memerhatikan kereta-kereta dari aras 3 pejabat tiba-tiba bersuara “Zainab cepat sini!! Ada kereta kena rantai lagi! Cepat cepat!”.  Aku apalagi buka langkah seribu tidak mahu ketinggalan walaupun kes kena rantai ni adalah perkara biasa di area hadapan bangunan pejabat.  Yeah! Aku sempat melihat pihak berkuasa merantai tayar sebuah kereta dan aku lantas berkata “alalala kesiannya, kereta sapalah pula jadi mangsa hari ni ya?”..

Beberapa minit kemudian pemilik kereta muncul tanpa dia menyedari keretanya dah kena rantai. Dia dengan selambanya menghidupkan enjin dan mengundurkan keretanya untuk keluar dari petak letak kereta. Ohhh malang sekali keretanya tidak dapat diundurkan dan dia baru perasan bahawa ada yang tidak kena dengan keretanya. Bila seorang wanita memberitahu bahawa tayar keretanya telah kena rantai barulah dia sedar punca keretanya tidak dapat diundurkan.

Kitorang yang melihat dari tingkat 3 rasa kesian dengan pemilik kereta tapi apakan daya silap pemilik kereta juga kerana meletakkan kereta di tempat larangan meletakkan kenderaan.  Pihak berkuasa tidak akan suka-suka mengambil tindakan sekiranya kita tidak mencari masalah.

So, bagi korang yang selalu meletakkan kenderaan di tempat larangan meletakkan kenderaan perlu beringat hari ni mungkin anda bernasib baik, lain hari mungkin tayar kereta anda pula akan kena rantai (hahah). 

Beringat sebelum kena!


Mengapa anda perlu kuasai teknik menaip?!!


Assalamualaikum




Menaip adalah satu teknik yang perlu dikuasai oleh semua orang walaupun kanak-kanak. Mengapa? Sebabnya, segala urusan melibatkan dokumen. Kata orang setiap sesuatu perlukan hitam putih. Nak buat kertas kerja, penyata tahunan, akaun semua perlu bertaip.  Even kalau korang suka menulis blog pun korang perlu menaip ya tidak? Kalau korang tak tahu teknik menaip yang betul korang mungkin akan malas menaip panjang-panjang disebabkan keletihan menaip satu demi satu huruf.

Selain itu, bagi pelajar di institusi pengajian tinggi, tugasan hampir kesemuanya perlu bercetak. Kat sekolah dan tadika dikecualikan kerana murid-murid dalam proses mengenal huruf dan membaca..hahaha.

Masa kecik-kecik dulu aku pernah menonton tv di mana seorang perempuan pekerja ofis sedang menaip dengan laju tanpa melihat ke arah keyboard dan aku akan rasa macam ni “ eee hebatnya orang ni, macam mana dia boleh menaip laju macam tu?” Dan bapa aku akan kata, "nanti bila dah besar pun akan pandai menaip laju-laju macam tu juga". Aku pun angguk-angguk kepala dan dalam kepala aku bila aku dah besar nanti secara automatik aku akan pandai menaip laju-laju.

Bila bapa aku dah beli komputer aku pun try buat macam orang kat tv tu menaip tanpa melihat keyboard. Hasilnya huh segala perkataan asing terpapar. Memang tak pandai-pandailah jawabnya. Aku terpaksa ketak ketik ketak ketul menggunakan satu jari kanan dan kiri menekan huruf di keyboard, sehinggakan 5 perkataan pun boleh memakan masa hingga  3 minit.

Bila aku ambil kos Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK) aku baru tahu yang menaip pun ada tekniknya. Tak boleh automatik pandai macam yang aku fikirkan masa aku kecik-kecik dulu.

Firstly belajar menaip jari-jari ni masih lagi kaku dan keras (hahahah). Lagi-lagi jari manis dan jari kelingking ni susah sangat nak menekan dan terangkat. Sampai kadang-kadang aku 'nervous' bila ada kelas menaip sebab aku banyak buat kesilapan. Aku hairan kawan-kawan aku tak pernah pun nervous bila ada subjek menaip. 

Satu hari pensyarah aku kata “kalau nak pandai menaip korang kena jujur, jangan takut salah”. So, start hari itu aku jadi orang yang jujur. Maksud aku jujur menaip tanpa melihat keyboard, mata cuma ke arah teks yang ingin ditaip. Hasilnya memang sangat-sangat berkesan. Aku dapat menguasai subjek menaip dengan baik sekali. Mungkin korang akan kata “setakat menaip budak tadika pun boleh!”. Menaip semua orang boleh tapi tidak semua yang dapat menaip dengan teknik yang betul dengan kelajuan yang 45-60 (dan ke atas)  patah seminit. 

So, bagi student DSK korang perlu bersyukur sangat-sangat kerana didedahkan dengan subjek menaip. Bagi yang bukan student DSK korang perlu ambil inisiatif lain seperti ambil kursus menaip agar kemahiran menaip anda menjadi mantap.

Bila korang dah menguasai teknik menaip, korang pasti akan rasa sangat-sangat bersyukur dan korang akan faham mengapa Allah S.W.T meminjamkan 10 jari tangan yang berlainan saiz kepada anda. Semuanya mempunyai fungsi(hikmah) dan berfungsi dengan baik.

Sekian...hargai jari-jemari anda...


Aku dah ada brother-in-law !!


Assalamualaikum

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Kakak aku dah selamat diijabkabulkan. Segala penat lelah sepanjang majlis berlangsung kini berkurangan dan semakin berkurang. That’s why la aku rajin update hari ni teheee….

I Miss my blog!!

Masa kakak aku kahwinkan ramainya sanak saudara datang and stay kat rumah. Sampai rumah bapak aku ni penuhhh! Tingkat bawah dipenuhi sanak saudara dari Indonesia dan tingkat atas pula dipenuhi dengan sanak saudara dari Malaysia. Haha, kadang-kadang terdetik di hati aku ‘diorang ni berpuak-puak ker apa ni?!’. Lupakan isu berpuak-puak ni sebab yang lebih penting bagi aku bilamana keluarga dari bapa dan mak aku masing-masing tidak kitinggalan membawa anak-anak mereka yang comel-comel dan sangat kiut itu tinggal kat rumah aku ( ehh silap, rumah bapa akulah)..

Disebabkan ramai sanak-saudara aku dari luar negara dan dalam negara berkumpul maka terjadilah pertembungan adat. Masing-masing ingin memperjuangkan adat nenek moyang mereka bak peribahasa Melayu ada mengatakan “biar mati anak jangan mati adat huh, dasyat peribahasa nikan? Sebagai contoh adat seperti ‘membuat kenduri doa selamat’ dengan diiringi dengan asap-asap dari kemenyan serta tidak ketinggalan pulut kuning. Huh dasyat!! Bila ditanya apakah rasionalnya meneruskan adat sebegini? Dengan seriusnya  warga emas yang sangat dihormati akan berkata begini ‘ jangan ditanya kenapa, buat sahaja’… Yeah aku pastinya akan bersembunyi di tempat selamat agar tidak dipaksa untuk membuat preparation adat mereka itu tehheeee…Bukan tidak pernah melarang tetapi warga emas manakan mahu mendengar nasihat orang muda seperti aku. Maklumlah mereka lebih dulu makan Natrium Klorida! Hahaha…

Apa-apapun memang seronok bila dapat berkumpul beramai-ramai dengan sanak saudara walaupun aku terpaksa tidur atas sofa disebabkan katil yang tidak dapat menampung kitorang semua hahaha.. Minggu depan rumah ini akan sunyi dan kembali ke keadaan sebelumnya bila sanak-saudara semuanya pulang ke rumah masing-masing. 

Ehm, tapi ada satu yang berubah, aku kini dah ada brother in-law..Wow macam tak percaya!!
Cousin aku kata kakak aku macam chandi borobudur....hahah


Jemput datang!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sejak dua menjak ni aku ada war-warkan kakak aku akan berkahwin tidak lama lagikan. Alhamdulillah persiapan sudah ke tahap 80%.

Kad perkahwinan pun telah diedarkan. Korang mana-mana yang tinggal area Tawau, Sabah  jemputlah ke Majlis kakak aku pada; 

12.11.2011 (SABTU)
Bertempat di Jalan Morrell Tawau, Sabah
1.00PM hingga 10.00PM
Disebabkan perkenalan bermula dari facebook kad kahwin pun facebook