It's a bittersweet thing!!

Assalamualaikum

Petang tadi aku ke kedai. Disebabkan aku rajin dan aku sangat-sangat jarang bersenam aku pun jalan kakilah ke kedai. Kedai tu bukan sebelah rumah aku erk tapi  kira-kira 10-15 minit berjalan kaki jugalah. Aku berani jalan sorang-sorang sebab memang kat Tawau ni kebarangkalian untuk kena ragut atau kena culik tu memang sangat-sangat rendah atau dalam erti kata lain Bandar Tawau ni SELAMAT. Anak jati Tawau sila bersyukur sekarang!

13 tahun dulu kami menuntut ilmu (mengaji) di sini..


Tengah aku jalan-jalan tu aku pun terpandang rumah bekas tempat aku belajar mengaji Al-Quran dahulu. Rumah ini sudah tidak terjaga. Mungkin disebabkan penghuni baru ini malas. Tiba-tiba aku rasa aku baru semalam belajar mengaji di rumah ni beserta rakan-rakanku yang lain seramai lebih 30 orang. Aku juga rasa baru semalam aku dan rakan-rakan mengaji menyapu, mencuci pinggan, mencabut rumput di sini walaupun aku rasa dah 10 tahun berlalu. Masa sangat pantas berlalu tanpa aku sedari. 10 tahun adalah satu jangka masa yang sangat panjang. Kebanyakan rakan-rakan mengajiku sudah berkahwin malahan sudah ada anak. Tahniah rakan-rakan! Walaupun kita pernah bertolak-tolak hingga ada yang masuk longkang, walaupun kita sentiasa berlumba lari bila selesai mengaji dan walaupun kita suka mengejek, berketawa, dan menangis bersama namun itu semua menjadi kenangan manis untuk kita semua. Terima kasih Ustad dan Ustazah, tanpa tunjuk ajarmu sudah tentu aku dan rakan-rakanku langsung tidak tahu membaca Al-Quran dengan betul.

P/S  Kepada pemenang GA sila bersabar. Hadiah anda kini di peringkat penghantaran. Dan kepada peserta GA yang belum menghantarkan alamat anda sila hantar secepat mungkin bagi mempercepatkan proses penghantaran. TQ

No comments: