KOMPLIKASI CINTA DULU DAN SEKARANG!!

 Assalamualaikum




Dahulu kebanyakan orang BERKAHWIN SEBELUM BERCINTA disebabkan faktor seperti jodoh pilihan ibu bapa, perkahwinan diawal usia remaja dan sebagainya. Apakandaya, teruna dan dara belum lagi mengecapi masa muda remaja sepenuhnya, ibu bapa sudah sibuk memikirkan jodoh untuk anak mereka.

Maka disebabkan itu terjadilah masalah-masalah seperti keterpaksaan dalam perhubungan, ketidak relaan empunya diri, bakal pengantin melarikan diri sehari sebelum berkahwin, perkahwinan yang tak jadi dan sebagainya.

Pada masa kini pula, kebanyakan pasangan bercinta sebelum berkahwin. Ada di antaranya sudah bertahun-tahun bercinta tetapi masih belum berkahwin jua. Alasannya masih mengumpul wang, keluarga tidak merestui, ekonomi belum stabil, belum mempunyai kerjaya dan sebagainya. Maka perkahwinan pun dilambatkan.

Bila perkahwinan dilambatkan maka semakin lama hubungan yang dahulunya dari mata turun ke hati sudah mula retak dengan munculnya orang ketiga. Biasalah manusia bila sudah bosan dengan sesuatu pasti inginkan kelainan walaupun pada akhirnya akan balik semula kepada cinta pertama

Antara komplikasi bilamana BERCINTA SEBELUM BERKAHWIN yang paling kerap berlaku adalah pasangan akan merasa cepat bosan dengan pasangan. Perkara biasa kerana ada pasangan yang telah bercinta hingga mencecah 4 hingga ke 7 tahun, malahan melebihi 10 tahun pun ada juga!  Kalaulah bercinta sudah bertahun-tahun maka pasangan pasti telah melalui dan melepasi peringkat bercinta. Sebab itulah mengapa ramai yang bercinta sebelum berkahwin akan berkata begini dalam mod kecewa “alam percintaan tidak sama dengan alam perkahwinan”…

Sekirannya ada yang berkata begini “ aku dulu pun bercinta hingga 10 tahun baru berkahwin tapi tak ada masalah pun!”. Ya, alhamdulillah anda patut bersyukur kerana rumahtangga anda kekal, aman dan harmoni. Tidak semua orang akan mengalami nasib yang sama seperti anda.

Keharmonian serta kebahagian rumah tangga tidaklah seratus peratus bergantung kepada ‘bila anda bercinta? selepas kahwinkah atau sebelum kahwin?’ Ada banyak faktor yang mempengaruhi seperti persekitaran, keluarga, pendidikan, kerjaya dan sebagainya.

Kesimpulannya, sekiranya ada ingin bercinta fikir-fikirkanlah kesannya dan akibatnya sebelum memulakan hubungan kerana kedua-duanya mempunyai komplikasi yang tersendiri. Jika ditanya saya eloklah bercinta selepas berkahwin kerana dalam Islam tiada istilah ‘mencintai boyfriend aka pakwe atau girlfriend aka makwe’ tapi kalau mencintai Allah SWT, Rasul, Ibu bapa, rakan-rakan tu adalah.

Sekali lagi aku menekankan...
Islam tiada istilah ‘mencintai boyfriend atau girlfriend’ tapi kalau mencintai Allah SWT, Rasul, Ibu bapa, suami, rakan-rakan tu adalah.



Sekian.

No comments: