Pilih minuman terbaik untuk anda!!


 Assalamualaikum

Masa kecik-kecik paling famous orang jual air oren, air merah, air kelapa. Ingat lagi dahulu ada seorang makcik ni buka kedai dekat sekolah. Air oren dia laris sangat-sangat. Beli dengan harga sepuluh sen sahaja dah dapat satu plastik.

Kini, air yang famous softdrink, bubble tea, dan banyak lagi minuman yang aku kira cukup kompleks campurannya. Lepas tu semakin kompleks harganya pun turut kompleks sehingga ada yang menjangkau RM3.00 hingga RM10. Berbaloi tidak berbaloi diri anda sendiri yang tentukan kerana sikap manusia suka berbelanja mengikut kehendak bukan keperluan.

Aku kira perniagaan air semakin hari semakin berkembang seiring dengan peredaran masa. Lihat sahaja air yang dijual kini dengan pearlnya, dengan air yang dicampur aiskrim, dengan ice blended pelbagai perisa dan banyak lagi.  Ramai peniaga suka menjual air kerana ia memerlukan modal yang kecil tetapi keuntungannya sangat lumayan.

Percayakah anda minuman yang kompleks ini sekiranya banyak diminum akan menyebabkan berlakunya penyakit seperti kencing manis, hipertensi, kegemukan dan sebagainya? Mungkin dalam jangka masa yang pendek tidak ada apa-apa kesan tetapi dalam jangka masa yang panjang ia membawa kesan buruk kepada kesihatan kita.

Justeru, lebih baik kita mengurangkan minuman yang kompleks ini dan kita banyakkan meminum air kosong kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk kesihatan kita. “Lebih baik mencegah sebelum terkena”.



UTAMAKAN KESIHATAN ANDA!

Sekian.









No comments: