3 KRETERIA PENTING YANG PERLU ADA PADA SESEBUAH BLOG !!!


 Assalamualaikum



Bila bercakap mengenai blog ada beberapa kreteria yang menarik perhatianku bila membaca blog sesiapa jua. 

Kekemasan blog. Sebelum membaca, seseorang akan melihat luaran dahulu sebelum terus ke pengisian. Korang tak boleh kata "Don't judge blog by its cover" kerana pembaca tak dengar apa korang katakan (hahahah).  Pabila blog anda berselerak pembaca akan beranggapan begini “ Tengok rupa blog pun aku dah tahu blog ini tak bagus!” Lantas terus menekan butang close di sudut atas sebelah kanan.

Kekemasan tulisan. Ramai blogger sangat gemar menggunakan tulisan yang berbunga-bunga, yang unic, berangkai sebab kata mereka cantik. Contoh tulisan berangkai Monotype Corsiva, Curlz MT, Lucida Handwriting, Frestyle Script dan banyak lagi. Malangnya, tulisan yang anda suka ini menyakitkan mata pembaca sehinggakan kalau boleh nak guna kanta pembesar untuk membaca tiap-tiap bait entry anda. Tiada salahnya korang menggunakan tulisan Calibri, Times New Roman atau Arial kerana ianya tulisan-tulisan yang sangat kemas walaupun agak skema. Skema itu best!

Pengisian. Pengisian yang bagus dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca dan membaca entry anda. Selalunya pengisian yang negetif akan mendapat banyak komen negetif daripada pembaca begitu juga sebaliknya. Elakkan membuat entry yang berbaur mengejek, memfitnah seseorang kerana anda akan menyebarkan aura negetif di blog korang. Orang lain pun akan menjadi negetif bila membaca blog korang. Hati-hati…..

Sekiranya aku sangat-sangat tertarik dengan sesebuah blog, pada akhirnya aku akan berkata begini “wow blog ni memang best, aku nak follow! atau kadangkala sebaliknya mungkin terluah seperti “ kenapa blog ni tak kemas, tuan empunya blog ni minat berbloging ker tak ni? Tanpa membuang masa butang close ditekan.

Sedikit informasi untuk anda...

2 comments:

SOB said...

sangat se7 dgn n3 ini

WANDA said...

setuju !! mmg itu yg perlu diambil perhatian sbnarnya... tp blog berat juga bleh menyebabkan saya xnak follow...huhu...

** tq follow saya