ANGRYBIRD ADDICTED!!


 Assalamualaikum




Pagi…… “Mak nak duit beli pemadam AngryBird!”
“Ok….”

Tengahari….. “Mak nak duit beli pensil AngryBird!”
“Ok…..”

Petang…… “Mak nak duit beli kitchen AngryBird!”
“Ok….”

Malam….. “Mak nak duit beli tochlight AngryBird!”
Apa!!!! Sudah-sudahlah tu!!!....”

Macam-macamlah adik aku ni !!!

Huh begitulah demam AngryBird berlaku dalam diri adikku. Asyik-asyik nak duit beli benda-benda yang ada kaitan dengan AngryBird. Sampai nangis-nangis nak itu dan ini. Huwaaaa….esok-esok entah benda apalagi berkaitan AngryBird dia nak beli. 

AngryBird memang fofularlah pada masa kini. Bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa pun suka juga. Cakap saja schools stationery semua ada gambar serta bentuk AngryBird. 

Comei juga angrybird ni erk. Patut adik aku demam angrybird!!


Aku bukan tak suka adik aku kumpul barangan AngryBird tetapi aku dah masak dengan perangai adik aku. Lepas seminggu terus lesap/hilang entah kemana benda yang dibelinya. Paling tidak pun disepah-sepahkan di atas lantai menunggu orang kutip dan memasukkan ke dalam tong sampah. Tidakkah membazir namanya tu?

So, aku nasihatkan korang ibu-ibu, bapa-bapa, kakak-kakak dan abang-abang agar jangan bagi muka sangat dengan budak-budak ni. Kita sayang tu memang sayang  dengan diorang tapi tak semestinya kita turuti segala kehendak mereka. Aku yakin ada ibu bapa yang tak berani nak menghampakan anak mereka apatah lagi hendak memarahi atau memukul mereka tetapi padaku sayang anak tangan-tangankan, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah besar baru nak lentur takut-takut ianya patah,retak dan tak berguna lagi.

SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN !
MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA !

PEACE……




1 comment:

mimie said...

eceh, adik minat angrybird. akaknye ape plak ? heeee :)