BAU DURIAN IBARAT BAU TAHI KUCING!!!



Assalamualaikum




Pagi tadi bapa aku bawa durian. Ya, aku bukan anti durian. Aku kalau buah aku memang suka. Sebut sahaja buah tembikai, rambutan, manggis, mangga, jambu, pisang, langsat semua aku rembat. Alhamdulillah buah-buahan tempatan yang ada dekat Malaysia ni sangatttttlah sedap.

Kalau buah-buahan bukan tempatan seperti apple, anggur, strawberry tu aku bukan tak suka, suka juga tapi kurang sedikit. 

Nak dijadikan cerita kakak aku anti durian. Dia tak suka makan durian bahkan terhidu bau durian pun dia tak tahan. Katanya "bau durian ibarat bau tahi kucing". Huahuahuahua….adakah patut!!! Apa nak buat memang lain orang lain rasa.

Kita pun tak boleh nak marah-marah bila ada orang tak boleh makan yang tu atau yang ni dan kata mereka sangat ‘CEREWET’ sebab kita pun kadang- kadang ada benda tak boleh makan sebagai contoh aku tak boleh makan hati ayam, kaki ayam, dan sebagainya. Hah, kan sama tu aku pun ada benda tak boleh makan cuma yang berbeza jenis makanan sahaja.
 
Sekian…nak sambung makan buah jambu pula... ^_^

2 comments:

era kecik said...

ta patut cakap camtu.. heehhee

wanabee said...

haha...ada ke bau durian bau tahi kucing XD .. untung kucing ..tahi dia boleh buat tumbuh pokok durian XD