BILA SEPUPU-SEPAPAT BERTEMU !!

Assalamualaikum….


See, kitorang semua sebaya walau berbeza umur...
 
Korang tahu tidak hubungan sepupu-sepapat tu amat bermakna dalam hidup ini. Ada tak antara korang yang tak happy bila berkumpul bersama sepupu-sepapat korang? Kalau ada korang memang rugiiiii sangat-sangat.

Aku?

Aku dah tentulah lagi suka bila berkumpul ramai-ramai dengan sepupu-sepupu aku. Kebiasaannya kitorang akan berkumpul bila hari raya, kenduri atau ketika majlis perkahwinan. Masa tulah boleh berborak sakan, ketawa serta bergurau sesama mereka. Kebanyakan kitorang hampir sebaya dan semua satu kepala. Ada yang mak mereka dan mak aku adik beradik dan ada pula yang mak diorang adik-beradik dengan bapa aku. Kebiasaan kalau kat bandar Tawau ni kitorang sebut SEPUPU SEKALI. Ada juga yang mak diorang adik-beradik dengan pakcik aku malah ada juga mak diorang pangkat nenek aku. Korang pening erk? Cik Zai lagi pening. Pendek kata diorang ni semua cousin aku.

Sepupu-sepapat Cik Zai yang periang seperti kanak-kanak riang ^_^...


Korang nak tahu tak siapa pemilik MY TRENGKAS? Paling tepi sebelah kiri...

Kitorang kebanyakannya tinggal berjauhan. Ada di Sabah, ada di semenanjung, dan ada juga di Indonesia. Hahh bila dah jumpa memang meriahhhh dan haru-biru!





No comments: