BUDAYAKAN AMALAN MEMBAWA BEKAL!!


Assalamualaikum

Bila aku menonton cerita jepun atau korea aku suka lihat budaya mereka. Aku tak kata semua budaya mereka tapi ada certain part yang aku suka contohnya budaya membawa bekal samada nak ke sekolah atau pergi kerja. 



See, bekal makanan yang mereka bawa pun sangat ceria dan menyelerakan..YUMMY…

Aku tak kata kita tak ada budaya begini ada tapi tak semua orang mengamalkannya dan membudayakan amalan membawa bekal ni terutama orang dewasa. Semua nak makan kat restoran bila waktu rehat, semua nak cari kantin. Lastly, membazir masa, wang dan yang paling tak patut bila masuk restoran tu mulalah nafsu makan tu datang sehinggakan kalau boleh semua menu nak dipesan. Korang pun tahu Malaysia kaya dengan makanan yang sangat sedap, lazat, serta tinggi kolestrolkan?  Dengan roti canai, nasi beriani, nasi ayam penyet, nasi lemak dan pelbagai menu lain, ya tidak? Dah makan banyak-banyak hari-hari of course lah berat badan pun naikkk! Bila berat badan naik lemak-lemak pun timbul dan perut pun buncit. Sesiapa ada perut buncit tu tandanya terlebih makanlah tu. Jaga-jaga obesiti!




Jadi aku rasa kita patut membudayakan amalan membawa bekal ke tempat kerja. Kenapa aku kata kita? Yelah, kitalah yang patut memulakannya agar anak-anak atau adik-adik kita mencontohi kita juga. Takkanlah kita nak suruh anak atau adik kita bawa bekal ke sekolah dulu baru kita nak bawa juga. Nanti diorang akan kata “kakak tak bawa bekal pun, adik pun tak mahu bawa!”..jeng jeng apa korang nak jawab haaaa sila jawab dengan jawapan yang sangat jujur dan ikhlas.

Sekian…



2 comments:

jojie ferera said...

Kite jawab je la...
Bekal akak tinggal kat sekolah...
So adik kena la bawa bekal dari rumah bcoz kak dh ade bekal dh...

jojie ferera said...

Kite jawab je la...
Bekal akak tinggal kat sekolah...
So adik kena la bawa bekal dari rumah bcoz kak dh ade bekal dh...