DIARY, BESTFREN OR WHATEVER!!


Assalamualaikum




As a human korang pasti ada rakan yang korang percayai dan korang dapat meluah perasaan korang, rasa tidak puas hati korang dengan bestfriend korang tu. Kalau aku, seriously aku tak ada bestfriend yang macam tu. Bukan bermaksud aku tak ada kawan, adaaaa dan sangat ramai but I choose not to express my feelings or dissatisfaction with friends or whatever.

Dulu aku suka meluah dalam diary tapi lepas satu incident yang pernah berlaku dulu aku dah tak ingin meluah dalam diary. Bukan apa, aku suka meluah dalam diary sebab diary sangat memahami dan ia seolah-olah dapat menjadi pendengar yang baik. Lagi satu diary bersifat reliable sebab korang tulislah apapun ia akan simpan rahsia anda baik-baik dan tak akan sebar-sebarkan. Unless there is someone stolen your diary and read it!! Can I call it a thief? Anda pernah?? Hahahahah…..

Aku dah stop meluah dalam diary tapi aku masih menggunakan diary untuk menulis sesuatu yang penting. So, sekarang aku lebih kepada menulis blog. Menulis blog ni best sebab aku boleh luah pendapat aku dan orang lain boleh komen kalau-kalau pendapat aku bercanggah dengan diorang ker. Lagi satu aku sedar dengan menulis blog ada pembaca yang akan membaca jadi aku dapat mengawal kata-kata dan luahan hati. So, indirectly aku aku berfikir banyak kali samada entry yang aku buat ni sesuai atau tidak untuk pembacaan orang lain. Sekiranya tidak sesuai automatically aku akan DELETE terus.

Berbanding korang meluah dengan manusia, manusia ni sebenarnya boleh dipercayai (kadang-kadanglah), bila dah berkumpul dengan kawan yang satu kepala mulalah bergosip sana, bergosip sini dan akhirnya segala cerita terluah sehinggakan cerita yang patut menjadi rahsia pun diceritakannya. Haa rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi. Then, orang yang mendengar pula yang akan sebarkan sehinggalah cerita yang kecil semakin besar dan penuh dengan tokok tambah. See, bahayanya meluah dengan manusia ni.

Sekian, aku nak sambung mengira, ada banyak lagi kerja aku tak siap ni…..^_^



1 comment:

sarinaht said...

ndk pnh pulak tfikir mcm tu...tp kdg2 mesti ad masa yg frust btol, perlu tulis jgk dlm diari kn? :)