HARI ISTEMEWA!!!

 
Assalamualaikum


Muhasabah solat kita melalui gambar


Salam jumaat ^_^ . Para lelaki anda wajib pergi solat Jumaat kecuali sangat sakit, musafir atau keadaan yang tidak mengizinkan seperti hujan.

Walau hari-hari apapun merupakan hari yang baik tetapi hari jumaat mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Mari kita lakukan perkara sunat hari jumaat sambil kita mengumpul pahala untuk bekal di akhirat kelak. Ada beberapa perkara sunat yang kita boleh lakukan seperti:

  •     Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  •     Memotong kuku.
  •     Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  •     Bersugi.
  •     Memakai wangi-wangian.
  •     Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  •     Bersegera pergi ke masjid.
  •     Berniat Iktikaf.
  •     Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Para lelaki korang kena ingat….!!!


        "Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" 
(Hadis riwayat Abu Daud)       

No comments: