MAIN HUJAN DISEBABKAN KEHUJANAN!!!

Assalamualaikum




Adik ni ada payung tapi kes aku tak ada payung...

Hari ni kitorang kerja setengah hari sebab kata rakan sekerja aku yang berbangsa cina diorang makan besar. Means perayaan bagi kaum cinalah aku pun tak tahu nak sebut sebab dalam kalendar tulisan cina dan aku tak reti nak baca tulisan cina teeheee.

Balik kerja aku memang dah plan nak balik sendiri. Aku tak mahu siapa-siapa jemput sebab aku tahu abang dan bapa aku pun sibuk tengahari macam ni. So, aku naiklah bas Hotspring. Sepatutnya aku balik naik bas Muhibbah tapi aku buat analisis begini.



JENIS BAS

BAS MUHIBBAH

BAS HOTSPRING
TEMPOH PERJALANAN
1 JAM
10 MINIT SAHAJA
PERGERAKAN
SANGAT LAMBAT
LAJU
JARAK STATION BAS
JAUH DAN TERPAKSA NAIK BAS ATAU BERJALAN KAKI 30 MINIT
5 MINIT BERJALAN KAKI
KELEMAHAN LAIN
PABILA SAMPAI PERLU BERJALAN KAKI SELAMA 7 - 1O MINIT
PABILA SAMPAI TERPAKSA BERJALAN KAKI SELAMA 20 MINIT


So, aku pun memilih untuk naik Bas Hotspring walaupun aku kena berjalan kaki sejauh 20 minit untuk sampai ke rumah kerana aku ni memang malas nak bersenam so kalau dapat berjalan kaki 20 minit tu sedikit sebanyak aku dapat faedah 20 minit bersenam teeheee bak kata peribahasa 'menyelam sambil minum air'.

Dik kita samalah dik...

 Segalanya berjalan lancar sampailah aku turun daripada bas. Dalam masa 10 minit berjalan kaki Alhamdulillah cuaca sangat elok. Malangnya,tak ada ribut, tak ada taufan tup-tup hujan turun dengan lebatnya. Dipertengahan jalan pula tu. Aku pandang depan, pandang belakang, tepi kanan dan kiri tak ada langsung tempat berteduh. Dahlah aku memang tak prepare umbrella sejak awal lagi. So, aku pun terpaksalah redah hujan walaupun perjalanan masih jauh lagi dan hujan semakin lama semakin lebat. Syabas Zainab kerana lupa satu peribahasa yang sangat penting “sediakan paying sebelum hujan”. Bukan apa bila hujan baru pepatah ni muncul dalam kepala teheee.

Apa-apapun aku selamat sampai ke rumah jua akhirnya walaupun orang ramai yang lalu-lalang sibuk memerhatikan aku yang kehujanan. Aku nak kata kat korang “Main hujan best!” tapi aku tak sempat nak bagitahu sebab aku pun kena cepat balik rumah teheeee.

Sekian pengalaman hari ini.

Sampai sahaja kat rumah aku terus mandi sebab Ustad aku pernah bagi petua dan kata “main hujan tak mengapa asal jangan biarkan air hujan kering kat atas kepala”. Means kena mandi cepat-cepatlah lepas main hujan tu.

No comments: