SELSEMA MELANDA!!


Assalamualaikum..






Musim selsema melanda!!! Semua staff mengalami selsema dan batuk...

"Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya."
(HR Bukhari-Muslim)


Doktor bagi beberapa ubat biasa seperti Fedac Tablet, Paracetamol Tablet 500 MG dan Guadex Linctus.

Bil
Nama Ubat
Kandungan
Fungsi
1
Fedac Tablet
  • Triprolidine HCI 2.5mg
  •  Pseudephedrine HCI 60mg
Ubat selsema
2
Paracetamol Tablet 500 MG
  • Paracetamol anhydrous 500mg
Ubat demam dan tahan sakit
3
Guadex Linctus

Each 5ml contains:
  • Guaiphenesin
  • Dextromethorphan Hydrobromide
  • Sodium Benzoate 0.2% as preservative
  • Alcohol content: 0.43%v/V

 Ubat batuk



So, lepas ni kalau selesema datang lagi aku akan cepat-cepat pergi ke farmasi beli ubat-ubat ni. Takyah lagi nak pergi jumpa doktor cek segala sebab ubat yang diorang bagi sama sahaja. 

Aku pun tak bolehlah nak memandai sangat seperti aku ni tahu semua. Aku kena selidik jugalah pasal ubat-ubatan ni. Walaupun aku  sekadar pekerja audit di sebuah syarikat audit tapi kita perlu ada ilmu asas untuk hidup. Penyakit selesema dan batuk ni penyakit biasa dan sering menyerang manusia. Jadi kita perlulah tahu cara merawatnya agar kelak dapat kita rawat sebelum parah.

Bila dah sakit tu kita sebagai manusia jangan asyik nak mengeluh dan kata "bilalah sakit aku nak sembuh ni..." kerana Sabda Rasulullah SAW;

"Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu."



No comments: