TAZKIRAH BUAT HAWA!!!



Pic from google


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah Hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruah kamu hanya semata-mata kerana seorang lelaki. Jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya.

            Oleh itu Hawa, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta kedua-dua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu. Cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah kedua-dua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

 

1 comment:

Nur Ezzati said...

nice entry :)
klau sudi singgah sini :)
http://sayatakcute.blogspot.com/