PENEMPATAN @ POSTING


Assalamualaikum



Ada someone datang ke ofis. Dia tanya berkenaan penempatan. So, cek punya cek dia dapat kat Sabah. Terus muka dia berubah. Hahahahah…alaa kesian dia kena posting jauh. Cik Zai bukan nak gelak tapi Cik Zai hairan apa yang ramai sangat orang takut kena penempatan jauh-jauh ni.

Lagi-lagi kalau kena kat Sabah dan Sarawak mesti ramai yang naik risau. Kalau Cik Zai dapat jauh-jauh rasa syok sebab boleh merantau. Sabah dan Sarawakkan still dalam Malaysia lagi. So, korang jangan risau sangatlah korang bukannya dihantar ke luar negara.

Cik Zai faham... mungkin korang tak biasa tinggal jauh daripada keluarga tapi mungkin ni masanya korang kena berdikari. At least korang pergi lapor diri kat sana dulu dan kalau rasa tak boleh baru korang minta tukar. Kalau ada rezeki dapatlah korang bertukar tempat yang korang nak.  Sebab nak buat pertukaran ni ambil masa. Selalunya kena bawa masuk meeting dan kena ada persetujuan dari pihak atasan. Kita tak bolehlah hari ni buat permohonan rayuan dan hari ni dapat jawapan. Ia tak semudah yang disangka. 

Korang jangan kata Cik Zai tak berada dalam situasi korang. Sebab Cik Zai pun salah seorang yang kena campak jauhhhh macam korang. Malah Cik Zai dah redah semua Sabah, Sarawak & Semenanjung Malaysia. Mungkin korang ada pendapat yang berbeza dan Cik Zai pun ada pendapat sendiri. Apa-apa pun selamat berjaya korang.

SURAT LAPOR DIRI


Assalamualaikum



Sejak dua menjak ni ramai sangat tanya Cik Zai soalan-soalan yang berkaitan surat lapor diri.

Cik Zai apasal lambat sangat Surat Lapor Diri? Cik Zai kalau surat lapor diri tak sampai-sampai juga amacam? Cik Zai saya banyak nak kena fikir ni, apasal diorang lambat sangat hantar surat lapor diri? Cik Zai kalau tak ada surat lapor diri baru confirm dapat kerja tu ker? N bla bla bla…. 

Cik Zai faham perasaan korang, Cik Zai pun dulu macam tu juga, macam-macam yang Cik Zai fikir, sampaikan benda-benda remeh pun Cik Zai terfikir seperti

Nak bawa baju berapa banyak? Katil nak bawa ker tidak? Gaji Cik Zai berapa banyak dan bila diorang akan bayar? Bila gaji nanti aku nak beli apa? Aku tak sesatker kat sana nanti? Hahaahahah macam-macam sampai Cik Zai pun serabut jadinya.

Sebenarnya macam ni... once korang dah dapat offer letter (surat tawaran) means confirmlah korang dah dapat kerja tu. Surat lapor diri tu tak dapat pun tak apa. Jangan risau sangatlah. Diorang tak akan reject korang hanya sebab tak dapat surat lapor diri. Cuma satu yang perlu korang buat kalau tak dapat surat lapor diri iaitu call atau email pihak yang berkenaan tanya kat mana korang perlu lapor diri dan tanya apa benda-benda yang perlu dibawa bersama. Tu jer…

Perasaan serabut tu biasa yang baru nak memulakan kerja….^_^ 

Sekian…Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau masalah sila email ke raudhah.zainab@gmail.com atau PM Cik Zai kat Facebook. Terima Kasih..



Nasib pekerja baru


Assalamualaikum

Aku blurr. Cik Zai lantikan baru but dah kena buat Naziran pula dah. But think positifla mungkin bosshhh nak bagi aku pendedahan tentang Naziran ni semua.  So, aku pun ikutla trip ke Kedah. Haa, korang yang akan dapat kerja gov tak lama lagi jangan hairan kalau korang pun akan buat juga benda-benda macam ni. Kursus, naziran, meeting tu perkara biasa. Masa kaje kat private dulu jarang dapat peluang pergi berkursus tapi kini macam nak termuntah asyik-asyik kursus asyik-asyik kursus. Kursus nak buat apa tu? Nak bagi hangpa dan cek ilmulah. Hihi…

Korang jangan gelak tau, ni first time Cik Zai jejak Kedah (haha… mari sama-sama gelak). Korang nak tahu komen aku pasai Kedah? So, far apa yang Cik Zai lihat Kedah ‘BERSIH’. Syabas untuk Kedah.

Kawan aku kata ‘bestnya outstation ke Kedah’. Huhh!  Korang ingat aku pergi makan angin ker?!  Cik Zai pergi kerjalah beb.

Aku harap esok Naziran terakhir semuanya akan berjalan dengan lebih lancar, lebih professional dan objektif tercapai. Kita taknaklah ada yang nak blame sana, blame sini, gelakkan sana, gelakkan sini. Masalah untuk diselesaikan bukan untuk diperbesarkan. PEACE!

P.S.      No more pictures cause I’m working guys not holiday ^_^.

5S !


Assalamualaikum…

Hari sabtu macam ni CZ dengan Anis (kawan) datang ofis. Niat nak buat 5S. Apa tu 5S? Kalau nak tahu informasinya dekat sini.

Kadang-kadangkan aku rasa 5S ni menyusahkan tapi bila aku fakir-fikir kalau tak ada 5S ni entah bilalah aku nak kemas segalanya ni. Bukan malas taw tapi disebabkan kerja yang setiap hari sentiasa sibuk kadangkala aku lupa nak amalkan 5S ni. Bila dah buat 5S rasa kepala tak serabut sangat.

Sejak ada 5S ni pekerja lelaki pun dah rajin. Dah pandai kemas dah diorang. Cayalah lepas ni  korang boleh bantu isteri, mak, adik , kakak buat 5S kat rumah pula …teheeee…


PEACE

BEE ZEE !


Assalamualaikum...

The boss!
Bila start kerja aku dapat Unit yang memang busy giler. Sampai kawan aku pun bengang dengan aku sebab aku banyak kerja. Patutnya aku yang bengang tapi ni sebaliknya. Kalau tak percaya cuba lihat blog Cik Zai rasanya dalam sebulan beberapa kali jer blog ni terupdate. Aku ada banyak cerita sebenarnya tapi kadang-kadang kesibukan mengatasi segalanya.

Cik Zai faham perasaan korang, hari-hari Cik Zai terima emel, terima mesej ada yang minta emelkan resume, ada yang minta pendapat, ada yang minta-minta hahahah... Sorry guys CZ tak dapat nak tunaikan permintaan korang dalam masa terdekat ni semua disebabkan kekangan masa. Facebook tempat keja CZ pun kena block.

Korang sabar jer k. Nanti bila ada masa Cik Zai akan cuba tunaikan permintaan korang. PEACE..Assalamualaikum...

Terima kasih banyak-banyak kepada korang yang rajin menghantarkan emel, mesej kepada CZ . Dari situ CZ tahu korang adalah pembaca setia blog CZ. 

KARNIVAL PELANCONGAN TARIAN CUTI-CUTI MALAYSIA


Assalamualaikum…

Semalam Cik Zai join ‘Karnival Pelancongan Tarian Cuti-Cuti Malaysia’….


Kalau bab-bab aktiviti yang melibatkan ramai orang ni Cik Zai memang suka join. Macam nila salah satu cara Cik Zai nak release tension. I mean tension kerja bukan tension putus cinta.


Cik Zai rasa bila kerja kat tempat baru ni banyak sangat yang berubah. Kat sini banyak event yang boleh Cik Zai join banding masa kat Tawau dulu, memang sesuailah Cik Zai duk dekat Putrajaya ni.


See, ada orang tak nak balik Tawaulah lepas ni....

See, gembiraaaaa...

KERJA? KITA YANG TENTUKAN NAK JADI APA...


Assalamualaikum…

Gambar tak ada kaitan tapi Cik Zai saja selitkan kot kot korang ada ada anak  nakal sikit kan..doa ni berguna..

Ada orang kata “aku serabut, kerja aku banyak sangat, lainlah macam kau keja kat Unit bla bla goyang kaki jer”..

Ada orang kata “aku lagilah banyak kerja dari hang, masa nak layan fb pun tak ada , hang ok sibuk-sibuk pun boleh layan fb”…

Kadang-kadang orang suka nak bandingkan kelebihan dan kekurangan sesuatu perkara. Paling common sekali kerja swasta dan kerajaan. Macam biasa setiap sesuatu tu ada pro & contra. Sebenarnya tak ada ketetapan pun samada tempat kita bekerja tu bagus atau tak bagus. Semuanya datang dari diri kita sendiri. Kita yang nak benda tu terjadi. Sekiranya kita nak yang positif berlaku maka positiflah kita maka sekiranya kita nak jadikan sesuatu yang negatif maka negetif la ia.

Sebagai contoh, kerja anda sangat banyak, anda tidak mahu hidup dalam kelompok kesibukan dalam tempoh berpanjangan dan tiada pengakhiran, maka anda pun planlah cara nak mengurangkan kesibukan kerja anda. Anda fikir dan fikir akhirnya anda dapat idea sebagai contoh nak buat senarai tugas atau buat jadual pagi ni aku nak selesaikan kerja ni. Petang aku nak selesaikan ni juga.  

Bila dah plan haa kerja pun makin teratur, sakit kepala kurang, masa pun dapat digunakan sebaiknya. Itu bermaksud plan anda berkesan.

Sebaliknya, bila anda fikir kerja anda banyak lepastu anda tidak mengambil sebarang tindakan dan anda kekal dalam situasi yang sama setiap hari di mana semakin hari semakin banyak kerja semakin hari semakin fade up dan semakin hari perasaan nak letak jawatan membuak-buak ...habislah...lastly kita gagal...

Itu saya kata hidup kita yang pilih nak jadi macam tu. Apa yang kita fikirkan itulah yang akan terjadi...BEWARE!!! Kita tak boleh salahkan orang lain, kita tak boleh salahkan mak bapa kita, kita tak boleh salahkan benda lain atas sesuatu yang berlaku kepada diri kita, kita tak boleh tak boleh dan tak boleh meletakkan sesuatu kesalahan di atas bahu orang lain.

Sekian...

PUTRAJAYA AKU DATANG


Assalamualaikum....



Aku rasa inilah masanya aku perlu berkongsi dengan korang semua pengalaman yang sentiasa manis takada pahit bila hidup merantau. Ok, keep quiet and continue reading.

PERASAAN
Masa mula-mula aku datang kat sini aku rasa ‘huwaaaaa….nak balikkkkkkkk!!!’ tapi bila dah lama-lama tu sedikit demi sedikit aku dah rasa tak naklah balik Tawau. Aku nak jadi independent.

KAWAN-KAWAN
Doa aku dimakbulkan. Aku dapat ramai kawan dekat sini.Ada kawan yang sama-sama study dulu masa kat politeknik, kawan baru, kawan lama, kawan-kawan..ok stop…

KERJA
Orang selalu kata kerja gov senang jer duduk goyang kaki. Huh, statement tu memang tak boleh pakai. Cik Zai dah pena kerja swasta. Bila Cik Zai bandingkan kedua-duanya  sama jer. But seriously, keja aku sekarang lagi banyak banding aku keja swasta dulu hinggakan masa cuti pun aku kena datang keja dengan rela hati disaat orang lain tengah spent time with family.

BAHASA
Korang pun tahu bahasa orang Sabah berbeza dengan orang semenanjung tapi itu bukan bererti  CZ tak boleh menyesuaikan diri. Yeah, kalau dengan orang Sabah Cik Zai cakap bahasa Sabahlah, kalau orang Sarawak CZ tryla cakap bahasa Sarawak, kalau orang semenanjung CZ cakap bahasa orang sini, dan kalau doktor call Cik Zai akan speaking londonlah sebab diorang mana tahu cakap Melayu huwahahaha…

MAKANAN
Satu Cik Zai perasan, makanan sini pedaslah. Nasi Lemak!! Perhhh bukan main, rasa macam 30 biji cili padi diorang letak. Selain tu, banyak lagi makanan yang CZ tak pernah makan kat Sabah ada kat sini contohnya Nasi Kerabu, Sup Celup, Nasi Kukus, Laksam, Durian Cream dan banyak lagilah. Semua makanan tu Cik Zai suka sebab CZ kan suka makan. Nyum Nyum...

MASA
Bila bercakap mengenai masa, dekat Tawau masa cepat sejam berbanding kat Putrajaya ni. Aku masih lagi menggunakan masa dekat Tawau, Bangun pukul 5.15am, pergi kerja pukul 6.30..see orang masih tidur aku dah pergi kerja.

KESIMPULANNYA
Lastly, Cik Zai nak pesan kepada korang yang bakal merantau sebab dapat kerja baru, mula-mula memang kita akan rasa 'alaa macam manala nak hidup jauh dari family, alaa aku tak biasalah tinggal jauh dari mak, alah amacamlah nasib aku di negeri orang'. Itu semua perasaan biasa yang kita akan alami. Bila korang dah tinggal lama sedikit di tempat baru, korang akan mula dapat menyesuaikan diri. Macam Cik Zai jugalah, masa mula-mula datang sini asyik nak minta transfer jer, tapi bila dah lama-lama kat sini yeayyy rasa selesa sangat-sangat, dah la tempat paling cantik kat Malaysia. Haaa, tak sia-sia kena campak jauh-jauh. I love Putrajaya..

Sekian… 


Pergi Interview kena Makeup ker?


Assalamualaikum....



Ini persoalan yang timbul dalam kepala Cik Zai bila dapat panggilan interview. Biasa kalau tengok orang nak pergi interview dalam TV tu wow dari hujung rambut sampai hujung kaki sangat perfect! But the end of it orang tu tak dapat pun. Kuwang kwang kwang…..

Kalau ikut pengalaman Cik Zai (this is true story bukan main2 taw)..Cik Zai pergi interview tak make up pun. Cik Zai pergi interview takder pakai eye shadow, blusher, segala warna warni tu… at the end Cik Zai berjaya. See.. make up bukan penentu samaada kita berjaya atau pun tidak. Apa yang penting keyakinan, persediaan, usaha dan doa. Cik Zai 2 kali pergi interview untuk jawatan SPA tahun ni dan kedua-duanya berjaya see itulah buktinya.

So, bagi korang yang masih pening-pening samada nak makeup ker tidak nak makeup ker tidak…korang takyah pikirlah benda-benda tu semua. Cukuplah korang berpakaian kemas dan tak selekeh dah ok.

Sekian…

Dah Lapor Diri


Assalamualaikum…

 Minggu busyyyyyyyyyyyyyyyyy......

 Terengganu, Kelantan Dan Sabah- Pewittt boleh masuk juga...^_^

Cik Zai dah lapor diri. Cik Zai minta maaf sekiranya Cik Zai tak dapat balas komen-komen korang kat blog ni sebab banyak benda yang Cik Zai nak kena uruskan.

Kehidupan baru ni memang sangat-sangat mencabar. Cik Zai terpaksa tinggal jauh dari family. Korang pun tahu anak perempuan susah nak berjauhan dengan familykan. Dulu masa tinggal dengan family Cik Zai teringin sangat nak berdikari tapi bila dah seminggu jauh dari family rasanya huawaaaaa nak balikkkkk!! Kadang-kadang rasa nak letak  jawatan pun ada, biar tak keja bagus yang penting dekat dengan family. Sekarang bila duduk kat sini satu jer dalam kepala Cik Zai (Aku nak transfer!)

Betullah cakap mak aku dulu, bila duduk jauh ni susah, Cik Zai dah tak boleh nak bergurau dengan adik Cik Zai macam dulu. Boringlaa macam ni…

Bila kerja pula lagila, rasa tertekan juga bila dapat unit yang susah dan memerlukan kemahiran bertutur bi yang tinggi.

Apa-apa pun Alhamdulillah sebab kat sini Cik Zai dapat ramai kawan. Dioranglah yang sentiasa support Cik Zai bila rasa down. Thanks guys…

SURAT LAPOR DIRI???


Assalamualaikum..



Hari ni Cik Zai demam, batuk dan selesema. So, Cik Zai ambil cuti. Itu bermakna Cik Zai ada masa tidur petang. Bila dah tidur petang Cik Zai tak dapat nak tidur awal dimalam hari. So, Cik Zai updatelah blog yang lama tak update ni.

Kebelakangan ini, ramai sangat yang tanya “Cik Zai, Cik Zai dah dapat surat lapor diri belum? Cik Zai dah tahu penempatan belum?, Cik Zai bolehker lapor diri kalau tak terima surat lapor diri?

Oraitttt….oraitttt….

Cik Zai akan jawab semua pertanyaan korang kat sini. Bagi jawatan PTPO N17 Cik Zai belum dapat surat lapor diri lagi. Kita akan dapat surat lapor diri minggu depan. Surat tu akan dihantar menggunakan poslaju. Untuk jawatan PT Kewangan W17 pula Cik Zai belum dapat surat tawaran dan surat lapor diri. Tapi Cik Zai ada terima e-mel surat tawaran untuk kedua-dua jawatan.

Disebabkan surat lapor diri belum sampai so Cik Zai ambil inisiatif call KKM tanya penempatan dan lapor diri kat mana. Diorang bagi feedback yang baik dengan menjawab segala pertanyaan Cik Zai. Korang nak tahu Cik Zai posting kat mana? Kat Putrajaya…jauhkan… KKM kata surat lapor diri akan sampai minggu depan, kita tunggu jer k.

Selain itu, Cik Zai ada tanya juga misalkata kita tak dapat surat tu minggu depan amacam? Kena pergi lapor diri juga ker? Diorang kata takder masalah sebab surat akan dihantar kepada kita dan satu salinan lagi ke tempat kita lapor diri nanti. Kalau korang was-was tunggu jer surat lapor diri tu sebab kita akan diberi tempoh 30 hari dari tarikh mula lapor diri. Urusan tangguh-tangguh ni korang kena tanya KKM sebab Cik Zai tak tahu caranya.

So, kepada yang ada persoalan boleh tinggalkan komen kat bawah dan akhir kata hopefully we all success in our career…Peace…

MY LITTLE BROTHER AHMAD SYAFIQ


Assalamualaikum...


Selamat bercuti, selamat beristirehat, selamat beriadah korang semua. Bestnya hari sabtu…

Ahmad Syafiq 

Ini adik aku yang paling bongsu. Namanya Ahmad Syafiq. Kalau korang nak tahu adik aku suka sangat dengan namanya. Huh jarang ada kanak-kanak mengaku dia sangat-sangat suka dengan namanya. 

He always said 'kak smartkan namaku' ^_^....ehehehe 'biasa jer'..

Alhamdulillah la dik. Nasib baik kitorang pandai pilihkan nama tu tuk hang. Klu ikutkan kitorang nak bagi hang nama %&*#*@ ....Nasib nasib...heheh

TIPS BERJAYA INTERVIEW


Assalamualaikum….



Korang tahu tak, kejayaan takkan datang tanpa usaha tetapi kejayaan akan menyusul bila kita dah berusaha. Hari ni nak kongsi tips berjaya interview khas buat korang kat luar sana yang akan dan yang bakal menghadapi interview.

Berikut beberapa tips Cik Zai bila nak interview…..

Bila dah dapat panggilan interview korang kena;

Prepare resume. Pastikan ianya lengkap berserta dengan gambar berukuran passport. Gambar korang mesti skema dengan memakai pakaian formal. Gambar peace segala tu korang simpan kat facebook jer. Tak mainlah gambar gaya peace nak apply job.

Prepare segala Certificate. Pastikan IC, surat lahir, sijil-sijil sekolah, sijil-sijil berkaitan korang susun dalam fail clear holder mengikut susunan dan kedudukan yang betul. Fail-fail lain kita tak main errr…

Prepare maklumat. Cik Zai maksudkan kat sini contoh macam Cik Zai dapat panggilan temuduga Lembaga Getah Malaysia so Cik Zai akan cari maklumat mengenai latar belakang, visi, misi, nama menteri, nama pengarah, obejektif organisasi dan sebagainya. Setidak-tidaknya korang ada sedikit pengetahuan tentang organisasi tersebut dah taklah tergagap-gagap bila ditanya penemuduga kelak. Bila korang dapat jawab penemuduga pun akan rasa korang ni memang awesome sebab banyak pengetahuan. Cewahhh ! Lagi satu korang jangan lupa baca tentang isu semasa sebab penemuduga nak tahu pengetahuan korang ni update ker tak update. 

Kena tahu tugas-tugas jawatan yang korang apply. Masa korang interview nanti korang CONFIRM akan ditanya apa tugas-tugas jawatan yang korang pohon. So, korang fikirkanlah apa bidang tugas jawatan tersebut, kalau nak senang carilah maklumat kat internet ataupun cari dalam buku ker. Mana-mana koranglah nak cari yang penting dapat dan korang tahu sebab aku dah bold kan perkataan confirm maksudnya soalan wajiblah tu. Jangan lupa prepare soalan-soalan interview. Contoh soalan masa interview korang boleh lihat yang ni , yang ni dan yang ni.. 

Berlatih. Berlatih apa? Berlatih berkomunikasi. Korang buat-buatlah ala-ala korang tengah bercakap di hadapan penemuduga. Nak senang, korang boleh bercakap di hadapan cermin mengenai latar belakang anda ker, mengenai tugas-tugas jawatan yang korang pohon tu ker dan sebagainya. Tips yang ni sangat berkesan tau, baik korang cuba sebab Cik Zai dah buat dan hasilnya terbukti . Korang tak percaya cuba lihat yang ini dan yang ini.

Pakaian. Kebiasaannya kalau korang interview SPA korang kena berbaju formal. Kena skema taw yang perempuan tak boleh berjeans dan berseluar slack. Korang mesti pakai SKIRT. Ramai tanya mesti pakai skirt ker? Kalau baju kurung boleh tak?Alahai kakak-kakak dan adik-adik baju kurung tu memang la berskirt. Takkan korang pakai baju kurung dengan seluar slack kot. Adehhh pening kepala den baca soalan korang ni hahaha. Kalau korang tak nak pakai skirt boleh tapi bersiap sedialah dengan segala kemungkinan seperti dihalau dari bilik interview ataupun korang akan kena reject awal-awal lagi sebelum sempat diinterview. Bagi yang lelaki berkemeja k.

Tarikh, lokasi dan masa. Masa nak interview tu korang jangan tak tahu pula tempat korang nak interview tu. Pastikan tarikh yang tepat serta pukul berapa korang kena interview. Paling bagus korang datang sejam lebih awal masa interview tu. Kalau Cik Zai mesti jadi orang pertama sampai ke pusat interview. Ada staff kat pusat interview pernah kata dengan Cik Zai ‘Ni jadi calon paling awal insyaallah ada harapan dapat jawatan ni’…masin mulut pakcik tu see Cik Zai betul-betul berjaya.

Tawakal. Bila dah selesai interview kita tak boleh nak buat apa dah. Keputusan ditangan penemuduga dan kita kena tawakal dengan keputusan interview nanti. So, korang kena rajin-rajin berdoa tau dah kalau boleh lakukan solat hajat. Insyaallah berjaya.

Lastly, thanks for reading and good luck guys ^_^….

SURAT LAPOR DIRI


Assalamualaikum…



Perasaan bercampur baur…..
Risau pun ada….
Semangat pun ada…
Gugup pun ada…
Letih pun ada…
Suka pun ada….

Huh segala macam perasaan timbul. Kenapa yer? Nak tunggu surat lapor diri sebenarnya. Semoga segala urusan dipermudahkan. Ni kena baca doa dipermudahkansegala urusan ni.

Kawan-kawan yang senasib denganku kita kena banyak-banyakkan bersabar k. Insyaallah segalanya dipermudahkan.


 Peace....

CONTOH RESUME


Assalamuaalaikum...



Entry kali ni Cik Zai direct to the point k. Ramai kat sini yang dapat panggilan interview SPA kan? Interview Swasta pun tidak kurang hebatnya. So, dikesempatan ini sementara korang masih tercari-cari idea bagaimana nak buat resume yang best, yang perfect, yang not badlah katakan haaa baik korang baca entry ni hingga habis sebab di akhir entry ni Cik Zai akan kongsikan contoh resume yang korang boleh jadikan contoh atau jadikan sebagai sumber rujukan korang.

Korang jangan main-main tau dan jangan kata ‘ala resume buat cincai jer sebab penemuduga just baca sekali imbas jer resume tu, sekarang ni penemuduga pandang kelulusan, siapa kelulusan tinggi tulah yang dapat’..ohohoho you are wrong exactly my dear..  Kita bukan macam zaman-zaman jepun dulu, masatu tak ramai yang berkelulusan tinggi, sekarang ni boleh dikatakan sesiapa pun ada kelulusan STPM, Diploma, Ijazah dan sebagainya. Sekarang ni persaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat hebat.

 FYI!!!!!!  Kini orang yang berkelulusan ijazah, diploma pun boleh memohon SPA untuk jawatan taraf SPM. Cuba bayangkan betapa sengitnya persaingan yang berlaku…

So, apa pentingnya resume? Resume mengandungi maklumat peribadi, kelayakan akademik, kebolehan dan pengalaman bekerja anda secara terperinci. Majikan@penemuduga selalunya membaca resume untuk menentukan sama ada anda akan dipanggil untuk temu duga ataupun tidak (shortlisted). Oleh itu, resume yang menarik dan padat dengan informasi berkenaan diri anda adalah amat penting untuk membolehkan anda dikenal pasti oleh majikan.

Untuk contoh resume korang boleh download di bawah. Cik Zai harap korang semua dapat pekerjaan yang korang inginkan dan semoga pekerjaan yang kita lakukan mendapat keberkatan. Aminnn…





Keputusan Interview SPA Cik Zai bagi jawatan Pembantu Tadbir Kewangan W17


Assalamualaikum…



Korang ingat tak Cik Zai pernah pergi interview SPA untuk jawatan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 lalu? Cik Zai tahu korang mesti tak tahu. Korang boleh klik sini untuk tahu kisah interview tu.

Alhamdulillah, Cik Zai berjaya interview tersebut. Cik Zai selamba jerkan bila berjaya interview tu. Memanglah sebab kedua-dua interview yang Cik Zai pergi pada bulan 7 hari tu kedua-duanya berjaya. Korang tahu apa maknanya tu? Maknanya Cik Zai kena buat pilihan nak jadi Pembantu Tadbir Perkeranian/Operasi Gred N17 di Kementerian Kesihatan  Malaysia ataupun nak jadi Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 di Jabatan Perkhidmatan Awam.


First time Cik Zai rasa pelik, apasallah kedua-dua interview Cik Zai berjaya. Patut satu lulus dan satu lagi tak lulus. Bila dah kedua-duanya berjaya haa memang Cik Zai peninglah macam ni. Tak tahu mana nak pilih. Hebat tak Cik Zai? Sekali dua jawatan Cik Zai telah berjaya interview. Haa, korang kalau nak minta tips berjaya interview SPA dengan Cik Zai boleh-boleh, tinggalkan jer komen kat bawah k.

Apa-apa pun Alhamdulillah Ya Allah, di bulan Ramadhan hingga ke Syawal rezeki Cik Zai sangat-sangat murah. Terima kasih yang Allah.


CONTOH NOTIS BERHENTI KERJA BAHASA INGGERIS


29 August 2012

CIK ZAI
TB 00000 Lot 000
Tmn Sri Lalat
Jln Apas Bt 1
90000 Tawau
                                                                                                                                  

The Manager
Myshorthand Managements Services
7rd Floor, TB 000
Block 00, Fijar Complex
90000 Tawau
Sabah

Dear Ms Mae,

Resign as Clerk

The purpose of this letter is to announce my resignation from Myshorthand Managements Services, effective one month from date of this letter.

Thank you for the opportunities for professional and personal development that you have provided me during these few years. I have enjoyed working for the company and appreciate the supports provided me during my tenure with the company.

I wish you and the company all the best.


Your sincerely,

­                       
CIK ZAI

APA NAK BUAT LEPAS DAPAT SURAT TAWARAN SPA


Assalamualaikum...


Cita-cita masa kecil nak jadi Nurse tapi tak kesampaian. Dapat kerja di kementerian kesihatan pun jadilah..

Aku harap entry yang aku tulis ni bukan sekadar untuk tatapanku dimasa hadapan malah aku harap ia akan bermanfaat untuk sesiapa diluar sana yang telah berjaya temuduga SPA sama sepertiku juga. Congratulation congratulation….

Bila dapat surat tawaran SPA first korang kena ucap Alhamdulillah lepas tu baru korang boleh senyum sampai telinga teheeeee…mode gembiralah katakan..

Bila dapat surat tawaran ada beberapa benda yang Cik Zai dan korang kena buat….

Menjalani pemeriksaan perubatan (Medical Checkup) menggunakan borang Am 402 Pindaan 4/87 berkembar.
Membuat akuan berkanun menggunakan Surat Sumpah SPA.6B (Pin. 1) di hadapan Pesuruhjaya Sumpah/Majistret/Hakim Mahkamah Sesyen.
Memenuhi dan menandatangani surat Setuju-Terima Pelantikan (Ni kena melayari laman web SPA dan cetak 2 salinan).
Lepas buat semua di atas korang boleh relax2 sambil tunggu posmen bawa surat daripada kementerian/jabatan pula. Macam Cik Zai kena tunggu surat dari Kementerian Kesihatan. Dah dapat surat tu barulah tahu tarikh nak lapor diri dan posting kat mana. Cik Zai harap dapat di Sabah. Aminnnn…Korang yang baca entry ni doakan Cik Zai juga k. Thank You korang….

P.S     Dah hampir 3 bulan Cik Zai kerja. Bestttt...gud luck korang yang masih menanti.. Walaupun Cik Zai dapat kat Putrajaya (jauh dari Sabah) tapi CZ bersyukur. 

P.S.S      Satu pesan Cik Zai. Korang jangan tunggu surat lapor diri sampai baru korang nak hantar notis berhenti kerja kat tempat kerja lama sebab selalunya surat lapor diri korang akan terima last minute. Paling bagus korang terus letak jawatan jer kalau dah dah dapat surat tawaran tu. Surat lapor diri tu tak penting sangat pun sebab kementerian@jabatan tempat korang lapor diri pun ada simpan sesalinan surat lapor diri tu. Korang nak tunggu despatch hari2 kat depan pintu pagar memang akan buat korang stress. Baik korang col direct kementerian@jabatan yang berkaitan dan tanya direct kat mana tempat lapor diri korang jadi taklah korang tertanya-tanyakan. Tenang sedikit korang. 

RAKAN SETIA, RAKAN SEKOLAH MENENGAH


Assalamualaikum…

Dah masuk hari raya kelimaaaaa!.....


Semua suka beraya, semua suka ambil gambar 

Walau raya ke5 kehangatan hari raya masih terasa. Cik Zai dan rakan-rakan ex sekolah menengah mengambil kesempatan raya ke5 untuk berkumpul dan ziarah-menziarahi rumah masing-masing.

Korang tahu tidak dalam banyak-banyak rakan, rakan paling setia adalah rakan yang mana satu? Rakan sekolah rendah, rakan tadika, rakan sekolah menengah,rakan diperingkat pengajian tinggi ataupun rakan sepermainan?

Selalunya, rakan sekolah menengahlah. Sebab yang pertama, kan ker masa SPM kita dan rakan-rakan berjuang berlajar habis-habisan  bersama-sama semata-mata nak dapat result cemerlang dalam SPM. Kita stay kat sekolah hingga petang sebab plan nak study group tapi lastly study group bertukar ke gossip group teheee (memang biasa).

Sebab yang kedua, kawan-kawan sekolah menengah ni  kita kenal bertahun-tahun oleh sebab itu segala baik buruk, hati budi kita dah memang kenal serta arif sangat-sangat. Bila kawan kita marah kita pun marah tak nak kawan, sekali esok kawan semula (erk eleh perkara biasa).

Sebab ketiga, kebanyakan rakan sekolah menengah ni kita tinggal di daerah ataupun bandar yang sama dengan kita dan ini memudahkan serta membolehkan kita sering berjumpa walau pada hari cuti semata. Kadang-kadang tu kawan kita tinggal berjiran jer dengan kita tak gitu?

Sebab keempat, kelima dan seterusnya Cik Zai tak perlu nak terangkanlah sebab at the end pun Cik Zai tetap berpihak pada pendapat Cik Zai teheee.

THANKS TO BE MY FRIEND GUYS

THINGS TO DO BEFORE RAYA


Assalamualaikum…



MENYAPU
VACUUM (Kalau aku rajin)
MOP LANTAI SAMPAI BERKILAT
TUKAR LANGSIR YANG PALING CANTIK
TUKAR SARUNG KUSYEN YANG PALING GRAND
BERSIHKAN HALAMAN
KEMAS BILIK
KEMAS DAPUR
ISI KUIH DALAM BEKAS ( yang ni macam terlalu awallah pula)
MASUKKAN DUIT RAYA KE DALAM SAMPUL PAKET (korang nak? Datanglah beraya kat rumah)
PREPARE BAJU RAYA (yang ni pun awal sangat)
MAIN MERCUN (oppppss)

Huh, macam nilah orang bekerjaya, semua nak buat last-last minit..erm kalau jadi suri rumah kan bagus, hari-hari boleh buat benda ni semua.