BAYAR PTPTN GUNA KWSP EPISOD 1............

Assalamualaikum...



Korang tahu tidak? Selaku peminjam PTPTN kita boleh mengurangkan atau menyelesaikan hutang PTPTN kita menggunakan duit KWSP kita. Rasa happy sedikitlah sebab hutang PTPTN aku yang tinggal separuh tu insyallah bolehlah selesai dengan segera. Masuk tahun ni dah 2 tahun aku bayar PTPTN. Kalau boleh aku nak tahun ni juga aku habis bayar PTPTN tu. Kalau bolehlah.. kan di mana ada kemahuan di situ ada highway….heeeeeee..

So, balik kerja jer aku terus ke cawangan KWSP yang berdekatan dan berjumpa dengan staff di sana. Staff tu terangkan dengan lebih lanjut apa yang aku perlu buat termasuk memberi borang KWSP 9H (AHL) secara percuma. Kata staff tu apa yang diperlukan adalah…. 

  • Borang KWSP 9H (AHL)- kena lengkapkan.
  • Salinan MyKad
  • Perjanjian Pinjaman Pendidikan
  • Penyata Baki Pinjaman Pendidikan Terkini dan mestilah mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP yang asal
  • Dokumen Bukti Berjaya Menamatkan Pengajian contoh Sijil Diploma/Ijazah

Ok, benda yang aku tak ada sekarang adalah Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan Penyata Baki Pinjaman Pendidikan mengikut format KWSP. So, aku kena dapatkanlah kedua-dua ni. Perjanjian Pinjaman Pendidikan aku terpaksa minta dengan pihak PTPTN semula sebab aku dah tak tahu aku letak dekat mana entah dan Penyata Baki Pinjaman Pendidikan mengikut format KWSP tu aku kena buat sendiri.

Aku sambung entry ni diepisod seterusnya sebab aku baru dalam proses nak urus benda-benda ni semua. Korang yang bergelar peminjam PTPTN kalau nak cepat habis bayar tiru macam Cik Zai…teeheee…

Staff yang aku jumpa di kaunter KWSP tadi sempat berpesan dengan aku sebelum aku balik..katanya "bila dah lengkap semua sila datang ke kaunter KWSP lagi dan bawa salinan sijil yang asli dan copy untuk kami sahkan"...oraitttt....TQ miss ^_^

Peace….!!!!
 

Tak perlu stress!!!


Assalamualaikum

Bila bekerja…
Tak perlu stress…
Tak perlu pening kepala…

Bila rakan sekerja buat kita stress….
Tak perlu rasa sakit hati…

Bila bos marah-marah dan buat anda stress…
Tak perlu marah-marah…

Senyum…tenang…… Cuba ingat tarikh anda gaji ^_^ PEACE!





Pakai T-shirt pun boleh menang AJL...cayalah Hafiz!!!


Assalamualaikum


Bukan gambar malam tadi taw...


AJL ke 26 dah selesai dengan jayanya dan dimenangi oleh Hafiz. Memang sempoilah hafiz dengan berbaju T-shirt pun boleh menyandang juara AJL. Lagu yang dinyanyikan sangat menyentuh hati. Syabas kepada Hafiz!!! Suka sangat-sangatttt ^_^.

RESIPI: SAMBAL BELACAN!!

Assalamualaikum




Bahan-Bahan
  • 2 sudu cili padi
  • Sedikit belacan (dibakar dahulu)
  • 3 biji buah tomato (digoreng )
  • Garam dan gula@serbuk perasa (secukup rasa)
  • 2 biji limau nipis

Cara-cara

Tumbuk cili padi, garam serta belacan. Sesudah itu tumbukkan sekali dengan tomato yang sudah digoreng.
Letakkan sedikit gula@ serbuk perasa. Kalau rasa dah ok letakkan ke dalam mangkuk kecil dan perahkan dengan limau nipis. Gaulkan dan siap ^_^

Kalau korang letak daun cemangi pasti sambal lagi terangkat...

Korang tahu tak sambal ni sangat berfungsi bila time korang makan tu tak ada lauk kat rumah. Bayangkan bila korang lapar sangat tapi lauk yang ada cuma nasi dengan ikan goreng jer. Hahhhhh memang sesuailah masanya tu, makanan yang ringkas-ringkas pun boleh jadi sedap.




Rambang mata di kedai buku!!!



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...



Haritu aku ke kedai buku. Aku nak beli buku ilmiah untuk menambahkan lagi pengetahuan terhadap kerjaya yang diceburi. Sampai dekat sana punya semangat aku cari buku yang aku nak tu. DAPATTTT!! So, aku pun ke bahagian kaunter pembayaran. 

Nak dijadikan cerita bila aku tiba di kaunter pembayaran aku terpandang sebuah buku. Aku tak tahu kenapa aku rajin sangat pergilah belek-belek buku tu dan aku tertarik. Dalam hati aku “inilah buku yang aku cari-cari ni, mesti beli ni”. Terjadilah konflik perasaan...

aku nak beli buku yang ni ker atau yang ni?

Sampai aku jadi bingung beb! Aku tak boleh nak beli dua-dua sekali memandangkan aku bawa cash cukup-cukup untuk satu buku pada hari tersebut. 

Fikir dan fikir sampai kedai ni nak tutup (half day sempena CNY) aku pun belilah buku yang kedua. Buku ni buku ilmiah juga tapi bidang yang berlainan sebab aku memang minat bidang ni. Buku perakaunan tu lain kalilah aku beli….hahahahah…

Korang nak tahu buku apa yang aku beli? Hah, buku nilah...hahhaha...





APA TU FLOS GIGI !!!

Assalamualaikum



Semalam aku ada buat entry mengenai “AKU SANGGUP CABUT GIGI DARI TAMPAL GIGI” dan aku ada sebut cara menjaga gigi. Cara-caranya termasuk memflos gigi sekali setiap hari.

Haa macam nilah nak flos gigi..


Apa tu flos gigi?

Satu teknik untuk membersih celah-celah gigi, di bawah aplians ortodontik atau jejambat gigi dengan menggunakan sejenis benang atau pita khas. Tanpa menggunakan flos, mungkin ada permukaan gigi yang masih tidak bersih.

Mengapa perlu flos gigi?

Menggunakan flos adalah pelengkap kepada aktiviti memberus gigi. Ia dapat membuang sisa makanan dan plak gigi yang terlekat di celah-celah gigi yang tidak dapat dibersihkan semasa memberus gigi.

Jenis flos gigi?


  • Flos yang berlilin dan tidak berlilin
  • Flos berperisa dan tidak berperisa
  • Pita gigi
  • Super flos

Pakar gigi kata tak boleh pakai benang untuk flos gigi sebab ia akan mencederakan gusi...hihihih

Credit to: MyHEALTH