Ada 3 sebab kenapa aku suka Tahun Baru Cina….


Assalamualaikum

Pic from google

Ada 3 sebab kenapa aku suka Tahun Baru Cina….

Pertama. Dapat banyak limau. Bila menjelang tahun baru cina bos aku sangat pemurah. Dia belikan staff banyak limau untuk dibawa pulang..

Kedua. Kitorang staf-staf Melayu mula ambil calendar dan cuba mengagak berapa hari bos nak bagi cuti. Kebiasaaannya bos bagi seminggu cuti. Kitorang dapat cuti free tanpa menolak cuti tahunan. Hurrayy…masa nilah boleh pergi jalan-jalan ker atau nak pergi holiday ker. Busy betullah kitorang ni, bangsa lain punya perayaan kami yang sibuk. Apa nak buat..kan satu Malaysia..hihihh

Ketiga. Walaupun kitorang kebanyakan adalah staf Melayu tapi bos amat pemurah bila menjelang Tahun Baru Cina. Tak kira apa bangsa pun bos akan bagi angpow. See, bos aku amat baik bila perayaan menjelang tapi bila masuk bab kerja huwaaaaa aku tak payah nak cakaplah.

Sudah cukup 3 sebab aku bagikan. However, aku nak tambah lagi satu sebab yang ke-4. Shhhhh…aku tunggu tarian naga@singa! Bila aku dengar bunyi gendang di kawasan kejiranan nanti aku dah set kat kepala, aku akan terus buka langkah seribu dan pergi tengok juga. Exited betul aku ni…hampehhh ^_^.

Apa-apa pun, xie xie ni bos and to all of you who celebrate this festival ...GONG XI FA CHAI…!!! Dan ayat ini aku tidak lupa .. “Hong Bao Na Lai” Hihihiih….

Sekian….


2 comments:

Amyra Azhar said...

hehe btul3! klu bdk2 skolah suka la dpt cuti seminggu hehe sambil mkn limau :)

Syat0za Zai said...

untung la diaa dpt angpau :P