BAYAR PTPTN GUNA KWSP EPISOD 1............

Assalamualaikum...



Korang tahu tidak? Selaku peminjam PTPTN kita boleh mengurangkan atau menyelesaikan hutang PTPTN kita menggunakan duit KWSP kita. Rasa happy sedikitlah sebab hutang PTPTN aku yang tinggal separuh tu insyallah bolehlah selesai dengan segera. Masuk tahun ni dah 2 tahun aku bayar PTPTN. Kalau boleh aku nak tahun ni juga aku habis bayar PTPTN tu. Kalau bolehlah.. kan di mana ada kemahuan di situ ada highway….heeeeeee..

So, balik kerja jer aku terus ke cawangan KWSP yang berdekatan dan berjumpa dengan staff di sana. Staff tu terangkan dengan lebih lanjut apa yang aku perlu buat termasuk memberi borang KWSP 9H (AHL) secara percuma. Kata staff tu apa yang diperlukan adalah…. 

  • Borang KWSP 9H (AHL)- kena lengkapkan.
  • Salinan MyKad
  • Perjanjian Pinjaman Pendidikan
  • Penyata Baki Pinjaman Pendidikan Terkini dan mestilah mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP yang asal
  • Dokumen Bukti Berjaya Menamatkan Pengajian contoh Sijil Diploma/Ijazah

Ok, benda yang aku tak ada sekarang adalah Perjanjian Pinjaman Pendidikan dan Penyata Baki Pinjaman Pendidikan mengikut format KWSP. So, aku kena dapatkanlah kedua-dua ni. Perjanjian Pinjaman Pendidikan aku terpaksa minta dengan pihak PTPTN semula sebab aku dah tak tahu aku letak dekat mana entah dan Penyata Baki Pinjaman Pendidikan mengikut format KWSP tu aku kena buat sendiri.

Aku sambung entry ni diepisod seterusnya sebab aku baru dalam proses nak urus benda-benda ni semua. Korang yang bergelar peminjam PTPTN kalau nak cepat habis bayar tiru macam Cik Zai…teeheee…

Staff yang aku jumpa di kaunter KWSP tadi sempat berpesan dengan aku sebelum aku balik..katanya "bila dah lengkap semua sila datang ke kaunter KWSP lagi dan bawa salinan sijil yang asli dan copy untuk kami sahkan"...oraitttt....TQ miss ^_^

Peace….!!!!
 

1 comment:

Anonymous said...

salam..Penyata Baki Pinjaman Pendidikan mengikut format KWSP tu mcm mane bentuknye?