FITNAH OH FITNAH!!!


 Assalamualaikum....


Pic from google


Korang tahu tidak fitnah itu lebih buruk daripada membunuh??

Firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).

Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.

Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmanNya: 

...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...(al-Hujurat: 12)

Haahh cuba korang fikir-fikirkan dan renung-renungkan. As a blogger bila ada sahaja cerita sensasi ohhh yeah masing-masing berlumba-lumba hendak memaparkan cerita sensasi tersebut walaupun anda tidak tahu hujung pangkal serta bukti yang kukuh mengenai cerita tersebut. Motif? Sekadar hendak menaikkan traffic feed atau tidak ada idea nak post entry. Tapi korang sedar tidak bahawasanya anda telah menyebarkan fitnah. Aku ulang FITNAH!! Bukan fitnah kepada satu dua orang tetapi kepada seluruh dunia. Zaman sekarang tak macam dulu, seorang menfitnah kepada satu orang rakan dan si rakan akan menyampaikan kepada satu orang dan satu orang lagi akan menyampaikan kepada yang seterusnya tetapi kini dengan hanya satu klik malahan tidak sampai seminit satu fitnah boleh tersebar ke seluruh dunia. Korang dapat bayangkan tidak betapa besar dosa sekiranya memfitnah?

Mungkin korang akan kata "aku bukan suka-suka nak post entry, aku ada bukti kukuh". Kalau sekadar gambar yang tidak mampu bersuara korang nak jadikan bukti takyah sebutlah…

Mungkin korang akan kata begini " kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang"! Haa korang silap patut macam ni "pokok tidak akan bergoyang kalau tiada angin" means (merujuk kepada titik persoalan) fitnah tak akan tersebar kalau tak ada penyebar fitnah. Siapa penyebar fitnah? Sila tepuk dada tanya selera...sebab itu korang janganlah suka buat entry gosip-gosip atau sesuatu yang memburuk-burukkan orang lain...

Daripada kita menyebarkan fitnah adalah lebih baik bagi kita mendoakan yang terbaik untuk orang yang difitnah. Susah sangatkah?...

Semoga para blogger termasuk diri ini mengambil pengajaran. Fitnah berlaku secara berleluasa kini. Jadilah blogger yang matang. PEACE!

 

3 comments:

[PCL] said...

lebih baik diam dari berkata/menaip entri kerana berdiam itu menyelamatkan kita dari menabur fitnah...carilah sesuatu yg bermanfaat, insyaAllah ada jalannya utk kita berkarya dengan ikhlas...salam singgah dari PCL.

Mishter Izwän said...

marah nye dyer, heheheh!!!harap org2 cm ni dpt berubah

akuamir said...

setuju.. kalau kite citer pasal orang,, kalau bende tu benar! kite salah sebab bukak aib orang.. tapi kalau bende tu tak benar! kite lagi besar besar dose memfitnah.. nauzubillah moge kite dijauhkan.. :)