KATA HIKMAH 1

Assalamualaikum





Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan, dan melenyapkan kegundahaan. Keimanann adalah penyejuk mata hati orang-orang yang mengEsakan Allah dan hiburan bagi orang-orang yang suka beribadah.

Apa yang telah berlaku, biarlah ianya berlalu dan apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan anda fikirkan apa yang telah berlaku, kerana ia telah pergi dan lenyap.

Redhalah dengan taqdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah dibahagi itu dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkan berkeluh-kesah.

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Dzat Yang Maha Mengetahui segala hal yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih dari orang lain. Cukuplah pahala dari Dzat tempat bergantung segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

Apabila anda berada dipagi, jangan menunggu datangnya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik dihari ini.

Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok kerana jika anda melakukan terbaik di hari ini, pastilah hari esok akan baik pula.

Bebaskan jiwa anda dari rasa dengki dan iri hati. Buang jauh-jauh penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan dari hati anda.

Cubalah mengasingkan diri dari manusia, kecuali untuk kebaikan. Jadilah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Laksanakanlah urusan anda dengan baik dan kurangilah pergaulan anda dengan orang lain tanpa faedah.

No comments: