Rambang mata di kedai buku!!!



Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia...



Haritu aku ke kedai buku. Aku nak beli buku ilmiah untuk menambahkan lagi pengetahuan terhadap kerjaya yang diceburi. Sampai dekat sana punya semangat aku cari buku yang aku nak tu. DAPATTTT!! So, aku pun ke bahagian kaunter pembayaran. 

Nak dijadikan cerita bila aku tiba di kaunter pembayaran aku terpandang sebuah buku. Aku tak tahu kenapa aku rajin sangat pergilah belek-belek buku tu dan aku tertarik. Dalam hati aku “inilah buku yang aku cari-cari ni, mesti beli ni”. Terjadilah konflik perasaan...

aku nak beli buku yang ni ker atau yang ni?

Sampai aku jadi bingung beb! Aku tak boleh nak beli dua-dua sekali memandangkan aku bawa cash cukup-cukup untuk satu buku pada hari tersebut. 

Fikir dan fikir sampai kedai ni nak tutup (half day sempena CNY) aku pun belilah buku yang kedua. Buku ni buku ilmiah juga tapi bidang yang berlainan sebab aku memang minat bidang ni. Buku perakaunan tu lain kalilah aku beli….hahahahah…

Korang nak tahu buku apa yang aku beli? Hah, buku nilah...hahhaha...





3 comments:

Syat0za Zai said...

buku menjahit? ==" nk tempah baju raya kat akak la tahun ni.. xD

Cik Zai said...

Syatoza Zai kang hantar dengan saya setahun pun tak siap2...sy tak teror sangat....

AFINA said...

eheee .