Aku bukan pencipta freebies ni.....!

Assalamualaikum





Aku bukan pencipta freebies ni…
Tapi aku suka sangat dengan freebies ni…
Korang nak tahu tak asal freebies ni…?
Yang nilah mula-mula rupa freebies ni…
Dari blog lacusyamatoo ...



Tapi dah diedit oleh seorang blogger tu…Hafizzi Aziz...
Bila dia edit dia bagi percuma jer…
Aku suka jadi aku ambil…
Dan bila dah bosan aku pula edit dengan colour yang aku suka…
Bermacam-macam colour…
Lastly jadilah freebies yang cute sangat2 seperti di bawah ini….





Korang nak???? Ambillah…..aku bagi free of charge….^_^

Cerita lucu VS Cerita Romantik VS Cerita Hantu VS etc......Kenapa???


Assalamualaikum



Aku lebih gemar tengok cerita lucu berbanding cerita romantik, cerita hantu, berita dan sebagainya.

Kenapa?

Sebab cerita lucu lebih ringan untuk ditonton. Sambil-sambil kita menonton dan ketawa stress akan berkurangan. Sebab tu aku solutelah dengan pelawak-pelawak seperti Apek, Zizan, Johan dan Abon dan sebagainya. Terima kasih sebab jadi penghibur yang hebat ^_^.

Kalau tengok berita sebenarnya aku suka juga tapi kadang-kadang buat aku sakit kepala bila timbul kisah-kisah satu pihak mengaibkan satu pihak. Masing-masing nak menegakkan benang yang tak tegak-tegak. Commonlah, semua orang ada pendapat masing-masing, tapi kita tak boleh paksa orang dengar pendapat kita.  Dah tu banyak pula kes yang buat kita rasa “ Masyaallah... ada juga benda ni berlaku”.

Kalau tengok cerita romantik pula kadang-kadang aku rasa romantik yang dibuat itu terlalu berlebih-lebihan dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat. Dahlah kisah cinta bersegi-segi sampai segala segi pun ada. 

Kalau tengok kisah hantu pula memang aku tak suka sebab nanti sentiasa terbayang-bayang. Padahal itu cuma cerita jer. Ya cerita memang cerita tapi terdapat pengaruh yang kuat di situ. 

Korang pula bagaimana?

Kalau boleh hari-hari kita kena taubat...!


Assalamualaikum



Malam semalamkan aku ada tengok Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Memang bestlah dengan tajuk “TAU BUAT ATAU TAUBAT” dengan ahli panel Dato’ Fadhilah Kamsah dan Ustaz Badlishah.

Ustad Badlishah ada kata kalau boleh kita kena taubat hari-hari. Asal kita buat dosa kita kena taubat asal kita buat dosa kita kena taubat.

Kalau orang kata macam nikan “ tak guna taubat kalau dah taubat buat dosa lagi”. Endahkan kata-kata orang yang berfikiran negetif seperti ini. Sampai bila kita nak taubat kalau asyik dengar kata orang yang negetif  seperti ini. Ya tidak?

Korang yang terlepas peluang menonton Forum Perdana bolehlah menonton minggu hadapan hari Khamis pukul 9.00 malam di TV1 dengan tajuk yang lain pula.

PEACE…

Bulu Mata Palsu....tak ker merimaskan.....


Assalamualaikum




Aku hairanlah kenapa orang sekarang suka sangat pakai bulu mata panjang-panjang…

Adakah disebabkan trend?

Atau…

Mungkin diorang suka bulu mata panjang-panjang seperti orang-orang Arab dan India???

Atau...

Mungkin sebab suka-suka….

Tapi pendapat akulah…Orang Asia bila pakai bulu mata macam tu tak cantiklah…sebab mata orang asia memang dah dikurniakan dengan mata yang sangat sepadan dengan bulu mata yang tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek…

Jadi bila kita pakai bulu mata palsu yang panjang tu mata kita akan nampak pelik…Korang tak percaya korang cubalah pakai. Senang cerita korang lihat jer kat tv. Artis-artis banyak yang suka pakai bulu mata palsu.

Lagi satu bila pakai benda tu tak ker merimaskan? Buka pasang buka pasang…yelah sebab solatkan 5 waktu sehari semalam jadi bila nak ambil wudhuk mesti buka kalau tak  buka nanti air wudhuk tak sampai…dah solat kena pasang lagi…BUANG MASA!! 

Nilah yang terjadi bila nak cantik apa-apa pun kita sanggup lakukan. Sepatutnya kita hargai kecantikan semualajadi yang Allah anugerahkan kepada kita.

PEACE....

Sedangkan Pemandu Formula 1 pun boleh terbabas….!!!


Assalamualaikum


 

Biasalah kalau kerja ada kesilapan…
Bila ada kesilapan barulah kita jadi pandai…

Sedangkan kana-kanak pun jatuh banyak kali sebelum pandai berjalan…

Malah…. !!!!

Pemandu Formula 1 yang terror tu pun kadang-kadang terbabas…

Itu baru dua contoh, aku belum sebut beribu-ribu contoh-contoh lain lagi…
So, kepada yang bergelar pekerja atau pelajar bila bos atau cikgu/pensyarah marah jangan ambil hati…
Ia memang perkara biasa …
Sebab tak ada orang kat dunia ni yang tak pernah buat silap…
Apa yang penting kita betulkan kesilapan kita dan bertekad tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali…

PEACE….

Opppssss... Tersilap Tafsir Sudahh...

Assalamualaikum...



Aku bukan nak mengoratlah hang….
Hangkan kawan sekolah aku…
You know masa zaman-zaman remaja dari form 1 hingga form 5…
Bila aku mesej and call pun aku tanya benda penting…
Takdernyer aku nak ngorat…
Lagipun aku kan perempuan buat apa aku nak mencari perigi…opps silap...buat apa aku nak mencari timba......^_^
Disebabkan hang kawan sekolah aku dan berkhidmat di kawasan perumahan aku so hang jerlah tempat aku bertanya. Abis nak tanya sapa lagi kan…

Relakslahhhh bro….

Ada sesiapa nak bagi idea macam mana nak buat kotak-kotak pada bahagian komen??????


Assalamualaikum



Aku dah tukar template lagi ^_^ teheee. Aparaaah….asyik-asyik tukar template asyik-asyik tukar template lepas tu coding sana coding sini akhirnya blog kucar-kacir jadinya hahahahaha…Itu perkara biasa sebab masa sekolah dulu cikgu cuma ajar baca perkataan bahasa melayu dan english jer, coding-coding ni tak ada tak ada langsung. Bila tersalah coding aku dah tak tahu mana satu yang silap huawaaaa…

Aku puas hati jugalah template terbaru ni sebab ia berkotak-kotak dan berasingan dengan post entry.

Malangnya, ada satu aku tak puas hati. Kenapa aku tak boleh buat kotak pada bahagian komen tu? Pelik2….ada sesiapa nak bagi idea macam mana nak buat kotak-kotak pada bahagian komen?????? Please help me…^_^