Cerita lucu VS Cerita Romantik VS Cerita Hantu VS etc......Kenapa???


Assalamualaikum



Aku lebih gemar tengok cerita lucu berbanding cerita romantik, cerita hantu, berita dan sebagainya.

Kenapa?

Sebab cerita lucu lebih ringan untuk ditonton. Sambil-sambil kita menonton dan ketawa stress akan berkurangan. Sebab tu aku solutelah dengan pelawak-pelawak seperti Apek, Zizan, Johan dan Abon dan sebagainya. Terima kasih sebab jadi penghibur yang hebat ^_^.

Kalau tengok berita sebenarnya aku suka juga tapi kadang-kadang buat aku sakit kepala bila timbul kisah-kisah satu pihak mengaibkan satu pihak. Masing-masing nak menegakkan benang yang tak tegak-tegak. Commonlah, semua orang ada pendapat masing-masing, tapi kita tak boleh paksa orang dengar pendapat kita.  Dah tu banyak pula kes yang buat kita rasa “ Masyaallah... ada juga benda ni berlaku”.

Kalau tengok cerita romantik pula kadang-kadang aku rasa romantik yang dibuat itu terlalu berlebih-lebihan dan tidak sesuai ditonton oleh masyarakat. Dahlah kisah cinta bersegi-segi sampai segala segi pun ada. 

Kalau tengok kisah hantu pula memang aku tak suka sebab nanti sentiasa terbayang-bayang. Padahal itu cuma cerita jer. Ya cerita memang cerita tapi terdapat pengaruh yang kuat di situ. 

Korang pula bagaimana?

4 comments:

ciksukaberangan said...

Hehe. suke tengok cite aksi macam ghost rider ke.. baru tak bosan.. :D

dear yayah said...

xsuka cite hantu malaysia.. byk unsur2 y x sepatutnya.. cite thai lagi seram.. eeiii

riyanto said...

ok i like

Anonymous said...

Nice story