Pindah Rumah Episod 2


 Assalamualaikum




Minggu ni minggu kedua aku tinggal di rumah baru dan minggu ni juga aku baru nak post entry setelah lama menyepi. Blog aku tak bersawang sebab aku tak ada simpan labah-labah dekat blog aku heeee..

Pengalaman berpindah ke tempat baru?

Memang best!!! Aku rasa ada perubahan dalam hidup aku dari segi aktiviti harian. Kalau dulu dirumah lama aku suka berkurung 24 dalam rumah bila menjelang cuti tapi sekarang ni tak lagi sebab banyak aktiviti aku boleh lakukan di tempat baru contoh berjoging diwaktu pagi, bermain badminton dengan adik, cuci kereta di waktu petang, menanam pokok bunga dan banyak lagilah.

Perbezaan tempat baru dan tempat lama?

Dahulu masa tinggal di kawasan kampung jiran-jiran suka duduk bergosip berjam-jam dengan rukun tetangga tapi bila di tempat baru ni jiran-jiran semua busy dengan aktiviti masing-masing sampaikan kadang-kadang aku boleh terfikir kebanyakan rukun tetangga sangat bersikap individualistic dan mempunyai semangat kejiranan yang sangat kureeeng. Cuba bayangkan jiran sebelah rumah pun boleh tak bertegur sapa hahahaha. Mungkin diorang malu-malu kucing kot. Tidak mengapa mungkin semangat kejiranan memerlukan masa untuk dipupuk.

Apa-apa pun aku suka tempat baru…teheeee….

1 comment:

Syat0za Zai said...

alhamdulillah :D