Ek eleh macam ko jer ada impian CZ...


Assalamualaikum




Minggu lalu seorang kawan Cik Zai dari perak order gelang mutiara & kristal dari Cik Zai. Banyak juga dia order. Lebih kurang 43 pcs. Semua design dia tempah sebab katanya nak jual dekat sana. So, semalam dah kirim dan hari ni dia dah dapat dah. Cepatkan …sebab Cik Zai selalunya akan pos guna Citylink.

Disebabkan dia order banyak so Cik Zai bagi harga terbaik punya. Berapa terbaiknya? Bak lagu Siti Nurhaliza “Biarlah Rahsia”…cehhhh…heheheh…

Itu cerita pasal perniagaan…



Hari ni di ofis meja Cik Zai penuh dengan dokumen…huh kalau boleh rasa nak ambil mancis dannnn….oppppsss ^_^… Mana nak filing lagi, mana nak rekod, mana nak audit, mana nak bakar lagi…ehhhhh ehhhh silap… ampun boss…^_^

Korang jangan kata aku pemalas tau, aku suka banyak kerja. Lebih baik banyak kerja dari tak ada kerja. Impian aku kan nak jadi Secretary yang 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang'. Kalau boleh aku nak kuasai kedua-dua bidang ni Kesetiausahan dan juga audit. Lagi satu, impian aku nak jadi usahawan berjaya. Banyak juga impian aku ni….aku baru perasan….ada beratus-ratus lagi yang aku tak sebut ni. 

Paling penting impian aku nak jadi manusia yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan agama. 

Insyaallah…

No comments: